Thursday, September 4, 2014

Memeningkan Hadi Awang - Langkah Kajang Memasukkan Agenda Meminggirkan PAS Dari Pakatan

"Langkah Kajang  bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan" - Subky Latif
Subky Latif bukanlah sembarangan orang. Beliau merupakan wartawan politik yang pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia dan Watan (akhbar politik asal), malah pernah beberapa kali bertanding dalam PRU. Kemunculan pertamanya ialah pada PRK kawasan parlimen Pelabuhan Klang pada tahun 1979, selepas kematian bekas Presiden MIC, mendiang Tan Sri V. Manickavasagam.

Pengalamannya dalam persekitaran poltik negara, membuatkan beliau amat faham dengan permainan politik negara secara amnya.

Beliau dengan berani menulis dalam lidah rasmi PAS Harakah Daily dengan menyifakan Langkah Kajang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.

Tentunya luahan tersebut berpunca dari sikap DAP dan PKR yang terlalu menekan PAS, malah dengan terang-terang meletakkan kesalahan kepada PAS berhubung belum selesainya isu meletakkan isteri Ketum PKR (Wan Azizah) sebagai MB Selangor.

Kenyataan demi kenyataan dibuat samada melalui pemimpin-pemimpin kedua-dua parti berkenaan serta disokong oleh para penganalis politik yang lebih bersifat menekan PAS untuk menerima Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Walhal pada masa yang sama PAS samada suka atau tidak, harus mengambil kira pendirian umum PAS yang disandarkan kepada prinsip Islam, menjaga kemaslahatan umum dan yang paling penting menjaga hubungan baik dengan istana.

Pendirian PAS juga menyebabkan pening yang bukan kepalang kepada Ketum PKR Anwar Ibrahim untuk mengisytiharkan kerajaan Selangor hari ini sebagai kerajaan haram. Ini adalah ekoran 4 orang anggota Exco dari PAS masih meneruskan perkhidmatan mereka dalam kerajaan.

Namun, kenyataan demi kenyataan yang menyelar tindakan PAS yang berlawanan dengan apa yang disifatkan sebagai konsesus Pakatan Rakyat, amat menyinggung perasaan Subky. Apatah lagi ada yang menyerang terus Presiden PAS DS Hadi Awang melalui media sosial. Dari keadaan ini, tidak hairanlah Subky membuat kenyataan bahawa Langkah Kajang turut memasukkan agenda meminggirkan PAS dari Pakatan.

Dalam pada itu, daripada kenyataan-kenyataan Mat Sabu dan Husam yang dibuat 2 - 3 hari lepas, masih menunjukkan minat mereka terus bersama DAP dan PKR, meski pun boss mereka dibelasah teruk oleh rakan-rakan sepakatan.

3 comments:

Unknown said...

sangat elok dan berpadanan dengan parti pas-pis-pus pimpinan manusia2 bongok!

Anonymous said...

Tu la dia puak2 PAS ...
Orang kata bodo , dia marah
Tapi mmg bodo ...
Dah tau DAP tu sape
Dah tau PKR tu sape ...

Ada ustaz PAS kata , DAP tu baik ..UMNO jahat ....
Baik la sangat . Base jenis Ustaz Bodo . Jenis ni la agaknya yang cium tangan askar Amerika masa Amerika lanyak Iraq dulu . Sekarang mung cium la tangan dan bontot pemimpin DAP , bila dia dh menang besar nanti ...baru mung tau ...silap2 serban mung tu dia belit sampai mung nak bernafas tak boleh .

UMNO ada jugak yg sokong hudud ...tapi mung suruh pengikut2 mung undi DAP dan PKR , tolak UMNO .

Mung suruh pengikut2 mung undi PKR ...

Bodo ....

Mung kata orang hok tolok hudud tu kapir , tapi bila DAP dan PKR tolok huhud , mung sokong . Mung suruh bagi undi ...

Dok ke bodo ...

Mung doa sesama islam dan yg akan sokong hudud di parlimen supaya KO .
Mung bodo ....
Sesama Islam mung suruh KO , dgn kapir yang mmg tolak islam mung gi puja ...

Cakap berapi2 nak Islam , nok hudud tapi mung suruh pengikut2 mung sokong manusia2 yg jadi musuh Isle . Mu suruh dia undi calon2 yg bukan sahaja tolak hudud dan islam , tapi hina islam , hina nabi , hina quran .

Skrg , mung dah dihina ...

Mana nok letak muke ...hari2 kena hina dgn puak2 tu ...

Tu la dulu sedap sgt hina orang ...

Betul kata mat saleh ...what's comes around , goes around ....

Maaf la , aku geram sungguh ni ...

Mu buat PR tu macam agama baru .

Islam rugi tak pe , Kalimah Allah di permainkan tak pe , Perlembagaan di cabul tak pe , melayu di hina tak pe , janji PR kekal . Yang penting kita bersama PR . Tu lah kata2 yang paling bodo , paling bengong yg keluar dari mulut pemimpin2 PAS hok bengong .

Anonymous said...

Anon 10:58 am, aku sokong sgt sgt apa mu kata. Haprak punya ust ust PAS ni, cakap agama kan main, tp kapir laknatullah jugak yg dipeluk dipujanya, pastu musing musing pulak cari hujah nak menghalalkan, dah takde hujah, tahaluf siyasi pulak dikatanya.