Thursday, September 4, 2014

Ini Baru Betul Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia - Kali Ni Anwar & Guan Eng Terpaksa Ikut Cakap Hadi


Membelek foto lama DS Abdul Hadi Awang memperaga senapang patah ditangan, terserlah ketampanannya meskipun sekadar berkain pelikat dan berkemeja T pagoda.

Kalau benar laporan The Star, maka selayaknya Hadi sebagai Presiden PAS dan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia kerana keberaniannya dan atas demi agama, apabila beliau menamakan 3 calon PAS untuk perkenan Duli Tuanku Sultan Selangor sebagai calon MB Selangor.

Barangkali, hanya dengan mengangkat senapang patah sahaja yang boleh memaksa Ketum Anwar dan Lim Guan Eng untuk akur dengan cakap Hadi.

Alasan yang sama boleh digunakan oleh Hadi (seperti digunakan oleh 2 Adun PAS yang berpaling tadah menyokong Wan Azizah) kepada kedua orang sahabatnya tersebut, iaitu 'demi menyelamat Pakatan Rakyat Selangor'.

Soalnya sekarang, relakah Anwar dan Guan Eng berkorban seperti yang dituntutnya dari PAS sebelum ini?

Tindakan Hadi ini (jika sahih laporan akhbar berkenaan) adalah tindakan yang amat berani dan dilihat sebagai menjaga kemaslahatan agama dan negeri Selangor, yang tentunya mengatasi kepentingan Pakatan Rakyat.

6 comments:

Anonymous said...

Boleh ke ADUN PAS dilantik menjadi MB? Rasanya tak cukup majoriti walaupun bergandingan dengan Adun UMNO?.......Ada muslihat ke apa!

Anonymous said...

masalah boleh ke x boleh x timbul..

ia lebih pd ujian setiakawan dalam pakatan itu sendiri...

Anonymous said...

boleh... semua adun pas (13 + 2 yg sokong jijah kembali ) + 12 umno + 1 khalid ibrahim..= 28

Anonymous said...

kenapa tidak boleh dilantik pulak??

PAS masih lagi dalam PR, dan baginda Sultan meminta nama pun dari kalangan parti yang membentuk PR (walaupun tak pernah didaftarkan). Jadi kalau baginda memperkenankan salah satu nama dalam senarai calon PAS untuk menjadi MB, rakyat dan ADUN2 harus terima.

Ini tiada kaitan dengan pergabungan antara UMNO dan PAS pun. Tak perlu nak mendai-mandai atau nak menokok tambah pulak

Anonymous said...

Apa ka bangang bewak Anon 4.51pm ni... klu skdr gatai lubang jubur nak komen... komen la bg nampak cerdik skit..

X perlu pertikai klu PAS jd MB
Pegi mampus la sama Anwar haramjadah tu..

Anonymous said...

Tiba2 terasa... Hadi Awang lg berani dr Najib rupanya !!