Monday, September 1, 2014

Dewan Ulamak PAS Selangor Geram Pada Ketum - Desak 2 Adun Berpaling Tadah Dikenakan Tindakan Disiplin


Tindakan 2 Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS, awal-awal lagi membawa aib yang bukan kepalang kepada badan tertinggi dan paling dihormati dalam struktur organisasi PAS.

Betapa tidaknya, kedua-dua berkenaan telah melanggari keputusan Majlis Syura Ulamak yang memutuskan menyokong TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Perlu diingat bahawa dalam tarbiyah PAS, semua ahli mesti ikut cakap ulamak.

Apabila 2 ahli yang bertaraf Adun melanggari keputusan badan yang paling dihormati dalam PAS itu, tentunya memberi teladan yang negatif kepada ahli-ahli biasa, mahu pun para pengikut PAS.

Demi menjaga maruah para ulamak, Dewan Ulamak PAS Selangor telah membuat ketetapan dalam Muktamar Tahunan Ulamak PAS Selangor telah membuat ketetapan sebulat suara mengutuk dan mengecam tindakan Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Malah, dewan berkenaan mendesak kedua-dua mereka dikenakan tindakan disiplin mengikut Fasal 82, Perlembagaan PAS.

Fasal berkenaan berbunyi seperti berikut:-

2 comments:

Anonymous said...

Parti paling senang urus para pengikunya adalah parti PAS...
Betul atau salah adalah dibawah keputusan Majlia Syura walaupun pada isu remeh. Patut la ramai yg jumud sebab gagal menganalisa sesuatu itu yg mudah..
Nak lompat parti pun susah..silap2 boleh jatuh " murtad" ikut kepala otak ularmak.
Parti habyalah wadah/ platform bukan Ad Din. Lompat la kot mana pun selagi tidak brtentangan Aqidah..

Anonymous said...

Semua masalah atau penyakit ada puncanya.. ini sunah ilahi yg para ulamak selalu sebut mengenainya tetapi tidak pernah memahaminya. Dengan sebab itu bila berlaku masalah mereka tidak pernah faham bagaimana untuk mengatasinya.

Masalah ketiadaan walak mesti ada puncanya. Cara untuk mengatasinya ialah dengan memahami apakah puncanya. Perbaiki puncanya dan sekiranya masih ada bahagian yg sakit maka barulah dibuang yg sakit itu. Tetapi lebih baik buang punca penyakit dulu.

Kalau ambil tindakan tanpa faham apa isunya maka ia akan diangggap tergesa gesa. Nescaya kita akan dikenali sebagai golongan yg tergesa gesa dalam menghukum.

Ini pasti akan berlaku walaupun kita anggap kita lah yg bagus