Thursday, September 4, 2014

Anwar Terpaksa Tunduk Pada Sultan dan Hadi Awang - PKR Namakan Dr Idris Ahmad Disamping Wan Azizah


Maklumat yang diterima dari seorang pemimpin cabang sebentar tadi, memaklumkan PKR akan menamakan Adun Ijok Dr Idris Ahmad sebagai salah seorang calon disamping Wan Azizah.

Sebulan yang lalu telah pun terdengar desas-desus berkenaan PAS akan mencalon Adun berkenaan sebagai calon kompromi. Malah, Idris dalam reaksinya kepada media telah pun menyatakan kesediaannya.


Jika benar maklumat yang diterima oleh kami, tentunya ia akan menimbulkan masalah dalaman baru kepada PKR.

Kem Azmin Ali awal-awal lagi telah mencadangkan nama Timbalan Presiden PKR itu sebagai salah seorang calon, namun telah ditolak mentah-mentah oleh Ketum Anwar Ibrahim.

Dengan kemasukan nama Idris, maka Azmin Ali terlepas peluang untuk dicalonkan untuk jawatan MB Selangor, apabila menarik diri dari calonkan, walhal PAS awal-awal lagi telah pun mencadangkan beliau.

Alahai Azmin Si Lebai Malang!

2 comments:

Anonymous said...

Knp pulak masalah dalaman pkr timbul bila azmin x jd mb, dah dia yg tolak utk dicalonkan, jgn salahkan org lain kalau diri sendiri yg tolak 'rezeki'.

Anonymous said...

Sendiri tolak dan kena paksa tolak. ... dua perkara berbeza.

Orang politik ni jsngan tengok face value.