Thursday, August 28, 2014

Kemungkinan Sultan Akan Serahkan Kepada Rakyat Untuk Pilih MB Selangor - PRN Semakin Tak Dapat Dielak


Surat rasmi dari pihak istana telah pun diutus kepada PKR, DAP dan PAS, yang kandungannya menyebut untuk mencadang 3 nama bagi tujuan perkenan Sultan sebagai MB Selangor.

PKR dan DAP awal-awal lagi hanya menamakan DS Wan Azizah untuk dilantik sebagai MB.

Dalam kenyataan di pihak PAS malam tadi, mereka akan mencadangkan 3 nama dari kalangan Adun PKR untuk pertimbangan perkenan Duli Tuanku.

Namun begitu, hari ini Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli memberi amaran bahawa tindakan PAS malah menyifatkan sebagai bukan pendirian konsensus Pakatan Rakyat, lapor Malaysikini.

Kenyataan Rafizi itu jelas mendesak PAS supaya mengikut telunjuk PKR dan DAP agar menamakan calon tunggal untuk dipersembahkan kepada Sultan.

Dalam pada itu, game Pakatan ini jelas dengan sengaja melanggar titah Sultan. Perbuatan biadap ini tentunya bertujuan untuk mencemar institusi raja.

Hakikatnya, Sultan masih punya alternatif dengan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.Jika itulah pilihan Sultan, maka PRN di Selangor pasti berlaku. Sementelahan pula, MB Selangor, TS Khalid Ibrahim masih memegang jawatan dan punya autoriti menasihati Sultan untuk pembubaran DUN.

8 comments:

Anonymous said...

Apa lah malang nha Selangor dapat Parti bersifat Keldai. Orang mintak 3 nama dari tiap parti, depa bagi nama macam hampas. Buabr kan saja dewan....biaq rakyat menentukan siapa yang depa nak...

Anonymous said...

PR memang tak boleh pakai..pentingkan diri.sendiri.. rakyat no 10

Anonymous said...

apa susah kalu jijah nak jd mb. pr yakin jika berlaku pilihanraya, pr tetap menang. utk bg jijah jd menteri besar suruh dia bertanding disemua kawasan atas tiket pkr, dap dan pas. lepas menang sultan takde pilihan kena juga la pilih jijah. idea ni paling menjadi rasanya.

Anonymous said...

selagi kipas hikmat masih ditangan kak wan selagi itulah pr tak akan nampak calun lain.

Anonymous said...

Lepas tu kalau dorang menang, bagi 1 nama juga mcm mana?

PAS kena keluar dari pakatan terlebih dahulu, baru dorang tau langit ni tinggi ke rendah. Tapi seperti kita tau PAS memang suka merendahkan diri. Saya memang puji sikap ni. Tapi bukan la memyokong keTIDAK-BIJAKan PAS. Sekarang ni bagaikan kerbau ditarik hidung. Kena baling tahi pun, disambut dengan senyuman. lepas tu TUNDUK hormat.. kalau boleh sama salam siap cium tangan, laga pipi.

Kalau macam ni la, bubarkan sahaja PAS dan minta ahli2 masuk PKR dan DAP. PAS dah memberikan gambaran yang teramat salah mengenai ISLAM. Mereka menjadikan seolah-olah orang ISLAM ni x ada maruah diri. Si kafir tengok keadaan macam ni, dari nak peluk ISLAM terus tak jadi beb sebab dorang ingat ISLAM kena tunduk dan terima dengan penuh kerelaan. Padahal ISLAM sebenarnya bukan macam tu.

Anonymous said...

Dah tak leh nak tolong... Sebab tubuh badanb pemimpin yg kononnnya islam telah dilumur dengan taik babi
DAP dan terminum air kencing ketum.

Anonymous said...

Nurul izzah bakal mb kelantan....hahaha...inilah keadilan namanya....bijak bijak...org kelantan mesti suka...angguk jer...pslnya konsesus bapak anwar

berasiam said...

istana mengutus surat kepada parti secara berasingan. yang rafizi beria-ia sound pas, pasai apa. kalau pas tunduk juga, bukan sahaja pas bermasuah rendah, memang pas tak ada maruah. kalau pas keluar pakatan, dalam keadaan umno lemah sekarang, pas lebih untung sebenarnya. bila dah hilang maruah, ramai yang bersimpati pun berubah hati. malangnya nasib pas.