Sunday, August 31, 2014

Bertambah Celaru - DAP & PKR Tersinggung Bila Pemuda PAS Nakkan Ketuanan Melayu


Bagai termakan dengan gertakan Mat Taib terhadap PAS [baca SINI], tiba-tiba PAS membuat satu lagi 'U-Turn' dari politik Islam kepada politik Melayu.

The Malaysian Insider melaporkan kenyataan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Dr Fadhli Ghani yang kononnya;
  • PAS berkeras Melayu mesti ditegaskan hak ketuanannya, tetapi Umno berkata hak istimewa,yang bermaksud orang Melayu mesti menjadi 'tuan' dalam negara ini
  • PAS sentiasa mahu Islam dijadikan agama rasmi negara, bukan seperti Umno yang menjadikan Islam agama Persekutuan yang dengan sendiri menjadikan Malaysia sebagai berfahaman sekular
  • PAS tidak bersetuju dengan UMNO berkaitan kerakyatan yang diberi secara prinsip Jus Soli kepada orang Cina dan India di bawah kontrak sosial pada kerana PAS yang mahu seseorang warganegara itu diiktiraf berdasarkan kesetiaan mereka kepada negara dan bukan atas  keinginan menetap di negara ini.
Kenyataan yang begitu lunak oleh AJK Pemuda PAS Pusat itu tidak lain adalah bertujuan untuk menarik perhatian orang Melayu supaya menyokong PAS.

Jelas bahawa krisis menukar MB Selangor ciptaan Anwar Ibrahim membawa musibah kepada PAS berbanding DAP dan PKR, lantas ini yang menggusarkan Pemuda PAS. 

Baru sekarang baru nak bercakap hal Melayu?

6 comments:

Anonymous said...

Ini bukan U Turn..
Ini dah masuk round about...
pusing punya pusing sampai x jumpa jalan keluar..
Bila dah keluar simpang..marahkan kerajaan UMMO tak letak signboard.
Itu sj standard PAS. Memang kaki pening..

Anonymous said...

Banyak songeh, tapi jadi keldai dan kuli batak DAP dan PKR jugak!Taunya salahkan UMNO, jadi calon MB Selangor pun kecut!

Cakap tak serupa bikin, tak lama lagi u turn tu!Mesti punya!

Anonymous said...

Gila..bumiputera juga yg hisap bibir..gian tengok kaum pendatang tidur sambil buat anak dlam bungalow. .kaum bumi rumah kongsi setinggan bawah jembatan..

Anonymous said...

Dah nak papa kedana baru nak insaf?

Anonymous said...

PPS kat pulau pinang dan masuk lokap..macamana pulak dengan 'Unit Anal' pas?

berdaftar ke? siap beruniform dan kawal lalu lintas macam jalanraya pas yg.buat.

gen2felda

Anonymous said...

PAS ni mmg langsung tak boleh dipercayai, presiden cakap lain, timb presiden cakap lain, kemudian morsidol am pulak cakap lain. Ketua pemuda cakap lain, kemudian ahli Jpp cakap lain. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Last last cakap bang non juga yg jadi keputusan rasmi.