Tuesday, February 18, 2014

Siapa Penipu - Anwar Ibrahim Atau Khalid Ibrahim?


Bak kata Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip, hanya ketika tidur sahaja Anwar tidak berbohong, yang bermaksud kehidupan Anwar penuh dengan pembohongan.

Contohnya, kehadiran Anwar di majlis perjumpaan MB Selangor dengan penyokong-penyokong pasukan bolasepak Selangor, didakwa olehnya adalah atas jemputan MB Khalid Ibrahim.


Walhal ramai yang mendengar sendiri soalan dari salah seorang yang hadir di majlis berkenaan kepada Khalid samada Anwar dijemput ke majlis berkenaan dan ia dinafikan oleh Khalid. [Baca SINI]

Dengan kejayaan Khalid mengumpulkan penyokong-penyokong Selangor, menjadikan Anwar begitu teruja untuk mengadakan perjumpaan yang kedua di Kajang hujung minggu ini.
\
Soalnya sekarang, sanggupkah Dr Ahmad Yunus (Exco Sukan merangkap Adun PAS Sijangkang) untuk menjadi kaldai tunggangan Anwar dalam mengumpulkan para penyokong Selangor untuk bertemu Anwar di Kajang?

Perlu diingat bahawa Ahmad Yunus adalah tulang belakang dalam mengumpulkan kelompok penyokong-penyokong Selangor dalam perjumpaan dengan MB Selangor. Namun kehadiran mereka adalah atas tanda sokongan kepada pasukan Liga M Selangor dan bukan atas sokongan politik kepada Pakatan Rakyat.

Apatah lagi perjumpaan hujung minggu ini adalah untuk politik Anwar, maka apa perlunya penyokong-penyokong Selangor perlu hadir di majlis berkenaan?

1 comment:

manjung said...

dua2 anak Ibrahim ni penipu dan pembohong.