Sunday, February 16, 2014

Khalid Samad Seleweng Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS


Dari apa yang dipertontonkan dalam Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan antara Ketua Perhubungan UMNO Selangor DS Noh Omar dengan AJK PAS Pusat YB Khalid Samad oleh MobTV, jelas sekali bahawa Khalid telah menyelewengkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Baca kenyataan Majlis Syura Ulamak, khususnya dalam petak yang bergaris merah di bawah.


Selepas didesak oleh Noh samada beliau bersetuju dengan 'God' (dalam Bible) diterjemah sebagai 'Allah' dalam Bahasa Melayu, Khalid akhirnya mengaku "Saya tak setuju".

Pandangan Khalid yang didasari oleh keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bertarikh 13/1/2013, mengatakan bahawa kalimah Allah adalah kalimah luar biasa yang merujuk sebutan untuk yang paling tinggi dan terjemahan 'God' kepada Allah adalah membawa maksud yang tidak tepat.

Walau bagai mana pun tambah Khalid ( yang mendakwa ia adalah pandangan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz), "Tetapi kalau dia (bukan Islam terjemah 'God' sebagai Allah dalam Bahasa Melayu), kita tak boleh halang. Itu hak dia".

Kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa Khalid telah memberikan memutar belit kenyataan asal yang bukan sahaja boleh mengelirukan ahli-ahli PAS, malahan seluruh umat Islam di negara ini.

Tidakkah Khalid sedar ayat yang berbunyi, "Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," dalam kenyataan dalam petak bergarisan merah di atas? Apakah bentuk pencegahan di pihak PAS selain dari dalam bentuk perundangan?

5 comments:

Anonymous said...

Ulamak sebagai punaisehat pada pemimpin PAS? kata kalit samat dan mat sabun...tapi ulamak dalam PAS kan dah lama jadi tukun....boleh simpan dalam muzium jadi artifak sejarah...sekurang kurangnya boleh wat collection bagi stopa ali and gang kenduri kesyukuran.....

Anonymous said...

untuk renungan pencacai bang non...bakal MB Selangor darul LGBT...

Beliau juga hampir membankrapkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada Amerika.Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu pula direbut dengan cara yang kotor.Jika niatnya kotor,caranya juga kotor,maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih ??? Persoalan kini ialah,apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat si munafik ini sebagai Menteri Besar ??? Sudahlah munafik,peliwat pula.Sudahlah peliwat,perasuah pula.Sudahlah perasuah,tidak bijak ekonomi pula.Pendek kata,Anwar mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya,beliau tidak mampu menjadi pemimpin yang berkualiti.Tanpa apa-apa jawatan,Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang gagal dalam hidupnya.Inilah yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya untuk kesekian kali.

Anonymous said...

Yang PALING AKU TAKUT...
BERJIRAN DENGAN ORANG MUNAFIK..

Anonymous said...

menurut sumber dalaman ..KHALID IBRAHIM KEMUNGKINAN BESAR AKAN MEMBUBARKAN KESELURUHAN DUN NEGERI SELANGOR sebelum 10 mac.. kita tunggu dan lihat

Anonymous said...

Prediden giler glamer....merayu2 nak mosok tv....kikiki...

30thn usia amanat.... kapirkan umat... padahal kalau keluar dlm harakah mohon maaf pon cukup......

Lepas donia lepas akhiratt.....