Blog Anwar Ibrahim, Demi Rakyat hari ini menyiarkan artikel yang dipetik dari blog Mondoweiss (dikendalikan oleh dua penulis berbangsa Yahudi) yang bertajuk 'Morsi, The Last Caliph-President of Egypt'.
Artikel yang mengupas pertembungan konsep penerimaan terhadap pentadbiran Islam Morsi dengan kehendak demokrasi sebenar oleh majoriti rakyat Mesir.
Antara perkara menarik yang ditonjolkan oleh artikel berkenaan ialah:-
- Morsi dipilih sebagai Presiden oleh undian 22% pengundi Mesir yang memihak kepadanya
- Keengganan Morsi untuk memenuhi protokol Presiden dalam minum bersama Presiden Brazil kerana khuatir mengandungi alkohol
- Morsi dianggap bukan Presiden Mesir, sebaliknya adalah Presiden Ikhwanul Muslimin
- Perbuatan Morsi bertindak sebagai muazin melaungkan azan dianggap merendahkan martabat sebagai Presiden, kerana budaya Mesir menganggap muazin bermatabat rendah
Sebenarnya banyak lagi kelemahan-kelemahan Morsi yang ditonjolkan, mungkin bertujuan untuk menunjukkan bahawa tokoh Ikhwanul Muslimin itu tidak layak menjadi Presiden.
Sebelum ini, Anwar pernah menonjolkan betapa beliau tidak begitu meminat dengan 'Arab Spring' di Mesir dan anda boleh rujuk di SINI, tetapi lebih berminat dengan revolusi di Tunisia.
Kecenderungan Anwar menyiarkan artikel-artikel berkenaan, pastinya untuk menggambarkan bahawa dalam situasi politik Malaysia, Hadi bukanlah tokoh yang boleh memikul tanggungjawab untuk mengetuai Pakatan Rakyat mengganti BN. Hadi dalam ini hanya layak untuk menjadi jeneral 'Arab Spring' di Malaysia, tetapi untuk memerintah negara, beliau bukanlah orangnya.
Semestinya pada pandangan Anwar, beliaulah yang paling layak sebagai PM dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat, berbanding Hadi.
6 comments:
tak dpt bayangkan negara ini ber'PM'kan seorang peliwat... agaknya tilawah antarabangsa pun akan dimansuhkan...
Aljuburi jd pm abis la jantan2 jambu jln kengkang!!
tilawah antarabangsa akan digantikan dengan perarakan LGBT seperti di Brazil tiap-tiap tahun, nak menunjukkan kepada dunia bertapa 'terbuka'nya Malaysia dalam isu-isu hak asasi manusia ni. Makin jahanam la nanti.... aku berlindung kepada-Mu Ya Allah dari manusia durjana seperti peliwat ni... amin
Anon 11:28...setakat baca saja al quran, tapi isi kandung nya di 'tong sampah kan'....xder makna nya..
HH tau dah tp buat buat tak tau, tahaluf siyasi.
Anyway muazzin tidak bermartabat rendah bahkan tugas yg sgt mulia, aku pun teringin nak jadi muazzin tp suara out.
Dapat juga pahala membaca Al-Quran dari baca bible dan minum air holy water...
Post a Comment