Wartawan Chanel News Asia, Melissa Goh menulis betapa kematian Nelson Mandela telah dipolitikkan oleh parti-parti politik di Malaysia dalam membandingkan persamaan perjuangan mendiang pemimpin Afrika Selatan tersebut.
Bermula dengan ucapan penggulungan Presiden UMNO DS Najib Razak yang merakam penghormatan terhadap Mandela, disamping menganggap perjuangan UMNO adalah sama dengan prinsip yang dipelopori oleh mendiang.
Namun begitu, Naib Presiden PKR N. Surendran menyanggah kenyataan Najib, malah menanggap kenyataan Presiden UMNO itu menghina prinsip perjuangan Mandela.
Sebaliknya, Surendran menambah bahawa Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim lebih menghayati perjuangan Mandela.
Meskipun tidak ditulis oleh Melissa dalam artikelnya, namun kenyaatan berikut kemungkinan besar keluar dari Surendran,
One Malaysian said: "Actually it's an insult to Mandela, I should think, and the ANC, because it's far better to have been honest and not jump on the bandwagon and say we are of the same stature. We are not. It's different over here."Artikel tersebut diakhiri dengan desakan terhadap Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma menuntut permohonan maaf dari kerajaan Malaysia diatas kenyataan Najib yang menyamakan perjuangan UMNO sama dengan prinsip Mandela.[Baca artikel penuh SINI]
Menyemak kembali sejauh mana hubungan Anwar - Mandela, tidak dapat dibuktikan keakraban diantara kedua-dua mereka. Apa yang ditemui dan disimpulkan bahawa Mandela ialah sumber inspirasi kepada Anwar. Itu sahaja.
Inspirasi Mandela yang diangkat oleh Anwar, adalah sekadar untuk membebaskan dirinya dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan. Perlu diingat bahawa Anwar telah mencedok kaedah pembelaan Mandela di mahkamah yang akhirnya membebaskan Anwar dari dipenjara.
Dalam menggunakan kaedah pembelaan Mandela, Anwar turut mempamer dan mempromosi dirinya seolah-olah berdepan dengan pertuduhan seperti yang dihadapi oleh Mandela. [Baca SINI]
Hanya berdasarkan kepada perkara di atas, layakkah PKR untuk mengaku mereka lebih berhak berbanding UMNO dan kewajaran untuk mendesak Afrika Selatan menuntut permohonan maaf dari Malaysia?
Malang sekali apabila ketaksuban terhadap Anwar menjadikan para pemimpin PKR, apatah lagi dikalangan para penyokongnya yang buta maklumat, bagai tidak malu untuk mengaku Anwar dan Mandela berjuang atas prinsip yang sama.
Disaat Anwar menjadikan Mandela sebagai sumber inspirasi, perlu diketahui bahawa aspirasi perjuangan Mandela melalui parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) telah terjalin sekian lama.
Profesor Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing mendedahkan bahawa beliau telah diarahkan oleh Tun Dr Mahathir untuk ke Afrika Selatan selama enam bulan membantu promosi kempen ANC yang berdepan dengan PRU negara berkenaan sekitar 1993-94.
Setelah menjadi rahsia untuk tempoh 20 tahun, sewajarnya ia dibuka untuk pengetahuan umum dan tentunya Surendran akan 'malu-malu alah' dengan kenyataan pendek akalnya.
Baca pendedahan Lim Kok Wing di Utusan.
No comments:
Post a Comment