Wednesday, December 18, 2013

Lagi Serangan Dari Dalam Pakatan Rakyat Terhadap Khalid Ibrahim - Kali Ini Dituduh Lembab!


Selepas diserang dengan 'pukulan curi' dari dalam Pakatan Rakyat dengan kes baucer kasut RM30 (baca SINI), hari ini sekali lagi MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah dilabelkan sebagai 'lembab' dalam mentadbir.

Bezanya kali ini, pukulan dibuat secara terang-terang oleh bukan calang-calang orang. Hari ini, MP PAS Shah Alam Khalid Samad telah mengada sidang media khusus untuk menyatakan kerajaan negeri yang diketuai oleh Khalid Ibrahim adalah LEMBAB.

Khalid Samad mendakwa selain kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempunyai terlalu banyak karenah birokrasi.

2 isu yang dibangkit oleh Khalid Samad ialah:-

  • Kelewatan memulakan projek jalan alternatif yang menghubungkan Padang Jawa dengan Seksyen 17 Shah Alam
  • Kekangan birokrasi terhadap Kompleks Pameran Perabut (mungkin merujuk kepada kompleks perabut di Seksyen 15 Shah Alam).
Khalid Samad dalam penjelasannya kepada Malaysiakini mendakwa projek jalan alternatif Padang Jawa - Seksyen 17 telah diluluskan awal tahun ini, namun hingga kini belum lagi bermula.

MP Shah Alam itu berpandangan bahawa hanya terdapat satu laluan masuk ke Padang Jawa dan beliau berpendapat dengan membuka laluan alternatif, maka akan mengurangkan kesesakan trafik di laluan keluar masuk di Padang Jawa.

Akan tetapi, beliau turut terlepas pandang bahawa jika dibuka laluan alternatif, ia bakal mengundang kesesakan dalam kawasan kampung Padang Jawa, kerana ia bakal menjadi pintas bagi kawasan Selatan Shah Alam dengan Klang. Akhirnya, yang bakal menjadi mangsa ialah penduduk-penduduk Padang Jawa.

Dalam pada itu, bagai ada sesuatu yang tidak kena pada Khalid Samad yang tiba-tiba 'mesra pemaju'. Mungkinkah ini ada kaitan dengan hobinya yang suka 'tadah tong' untuk tabung pilihanraya dan punya unsur-unsur terhutang budi?

Dibawah adalah contoh rayuan Khalid Samad menadah tong untuk dapatkan sumbangan tabung pilihanrayanya yang dipetik dari blognya (boleh rujuk SINI);


Atau apakah ini langkah permulaan untuk menurunkan Khalid Ibrahim dari kerusi MB Selangor?

No comments: