Sunday, October 13, 2013

3 Hari Menjelang Raya Korban, Hadi Awang Nasihatkan Ahli PAS Tidak Bantah Jika Mahkamah Rayuan Benarkan Penggunaan Kalimah 'Allah' Oleh Bukan Islam


Esok Mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada penerbitan mingguan Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah 'Allah'.

Dalam pada itu, semalam Presiden PAS DS Hadi Awang dalam responsnya terhadap provokasi wartawan menegaskan bahawa tidak boleh melarang penganut bukan Islam untuk melaksanakan suruhan agama mereka kerana manusia seharusnya mempunyai kepercayaan terhadap tuhan.

Walaupun kenyataan asalnya ialah "tiada peruntukan undang-undang yang tidak membenarkan kaum lain untuk menggunakan kalimah Allah namun kebebasan yang diberikan tidak harus disalahgunakan kerana Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah bagi umat Islam", namun kenyataan Hadi itu tidak menunjukkan sebarang ketegasan, malah mengundang kekeliruan.

Kita faham bahawa Hadi sebenarnya dalam kedudukan memilih antara sayang pada DAP atau sayang pada Islam, tetapi kenyataan Hadi seperti ungkapan lama, " Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan.

Hadi tidak sedar bahawa kenyataan Hadi itu telah mengundang kenyataan dari Ketua PKR Johor Chua Jui Meng, apabila mengatakan "Umno is mightier than Allah", walhal Dewan Ulamak PAS juga melarang penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam.

2 comments:

Anonymous said...

Malangnya PAS makin diJAHANAMkan si MUSUH ISLAM/MELAYU yg. makin berlambak dlm. PAS.

Lihat artikel BERNAS dr. peguam Zulkifli Nordin, di http://zul4kulim.blogspot.de/2013/10/pembela-kalimah-tauhid.html, PEMBELA KALIMAH TAUHID, 09 October 2013:

ALLAH Putera? Na'uzubillah
ALLAH swt telah berfirman didalam Surah Al-Maidah 54-56:

"Wahai orang beriman! Sesiapa diantara kamu murtad (berpaling daripada agamanya), maka ALLAH akan mendatangkan satu kaum yang dicintai ALLAH dan mereka pula mencintai Nya, yang bersifat lemah lembut terhadap sesama Islam, dan bersifat tegas keras terhadap orang kafir, dan mereka berjihad (dengan berjuang bersungguh-sungguh) ke jalan ALLAH, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

Demikian itu adalah limpah kurnia ALLAH yang diberikan Nya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya, ALLAH Maha Luas limpah kurnianya, lagi Maha Mengetahui.

Sesiapa yang menjadikan ALLAH, Rasul Nya serta orang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya golongan inilah, ( disebut dengan gelaran Heezbullah), yang berpegang kepada tali ALLAH lah yang pasti menang".

Salam 2 all.
Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia telah mengeluarkan notis memaklumkan bahawa keputusan kes kalimah ALLAH telah ditetapkan pada hari Isnin, 09 Zulhijjah 1434 bersamaan dengan 14 Oktober 2013 jam 09.00 pagi di Mahkamah Rayuan, Kompleks Istana Kehakiman,Putrajaya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah memfailkan rayuan terhadap keputusan YA Hakim Datuk Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pada 30 Dis 2009 membenarkan permohonan Titular Archbishop Kuala Lumpur untuk pihak gereja dan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitannya The Herald.

Keputusan ini memberi implikasi yang serius kerana dengan kebenaran itu, maka pihak gereja dan pihak kristian boleh menggunapakai kalimah ALLAH dalam apa bentuk sekalipun dalam melaksanakan dan menjalankan agama dan kefahaman mereka.

Dalam bahasa ringkas, perintah Mahkamah Tinggi itu membawa implikasi membenarkan kristian menggunapakai kalimah ALLAH dalam bentuk kefahaman triniti tiga-dalam-satu iaitu ALLAH Bapa, ALLAH Putera & ALLAH Ruh Suci!

Perbicaraan rayuan tersebut telah didengar sehari suntuk dihadapan panel Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh YA Hakim Datuk Apandi Ali yang bersidang bersama YA Hakim Datuk Zawawi dan YA Hakim Datuk Abdul Aziz pada 10 Sept 2013.

Sesungguhnya keputusan Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada 24 Okt 2013 ini sangatlah penting bagi umat Islam.

Bagi kita umat Islam, isu ini membabitkan soal aqidah, soal keimanan.

Ini jelas daripada keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 82. Majlis Syura' PAS yang menyatakan pendirian pada 13 Januari 2013 juga berpendirian isu kalimah ALLAH adalah soal aqidah yang tidak boleh dipolitikkan!

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira apa fahaman politik dan latarbelakang supaya hadir beramai-ramai di Kompleks Istana Kehakiman Putrajaya pada hari Isnin 14 Oktober 2013 untuk menzahirkan sokongan kita.

Dihari jutaan umat Islam seluruh dunia berhimpun dalam himpuan wuquf di Arafah, marilah kita umat Islam Malaysia berhimpun di Kompleks Istana Kehakiman Putrajaya!......

Teruskan membaca.....


Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Bunyi kata-kata seperti menjaga kesucian Islam tapi jelas lebih condong ke arah politik dari berkorban demi Islam.

Bolehkah kita harapkan kafir menjaga kalimah Allah mengikut syarak Islam? Bolehkah dijamin tiada penyelewengan akan terjadi? Sila jawap di hadapan Allah swt nanti.