Wednesday, October 16, 2013

Wilfred Bumburing Akan Tinggalkan PKR - Bakal Disertai 3 Lagi Adun PKR Sabah?


Kini tersebar berita bahawa 4 Adun PKR Sabah akan keluar parti.

Dalam perkembangan yang sama, menurut laporan mStar Adun Tamparuli (PKR) Dato' Wilfred Bumburing membayangkan kesediaannya untuk mengetuai Pakatan Kebangsaan Sabah (PKS) dalam tempoh terdekat.

Tidak dapat dipastikan 4 Adun PKR yang disebut-sebut akan meninggkal parti berkenaan adalah termasuk Bumburing, yang khabarnya ia dikaitkan dengan pergolakan PKR Sabah.

Untuk rekod, pembangkang telah meraih 12 kerusi di Sabag pada PRU13, yang masing-masing PKR - 7, DAP - 4 dan STAR - 1.

Namun, DAP kini hanya mempunya 3 kerusi apabila Adun Luyang Hiew King Cheu bertindak mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Senarai penuh Adun-Adun pembangkang Sabah adalah seperti berikut:-
 N4 Matunggong - Jelani Hamdan (PKR)
 N7 Kadamaian - Jeremy Malazad (PKR)
N9 Tamparuli - Datuk Seri Wilfred Bumburing (PKR)
N13 Inanam - Dr. Roland Chia (PKR)
N14 Likas- Junz Wong (DAP)
N15 Api-Api - Christina Liew (PKR)
N16 Luyang - Dr. Hiew King Cheu (DAP) – (keluar parti)
N19 Kapayan - Dr. Edwin Bosi (DAP)
N20 Moyog - Terrence Alon Siambun (PKR)
N25 Klias - Datuk Lajim Ukin (PKR)
N33 Bingkor - Datuk Jeffrey Kitingan (STAR)
N57 Sti Tanjung - Chang Foong Hin (DAP)

No comments: