Thursday, October 17, 2013

Berebut Kuasa Dalam PAS Diambang Tahap Kritikal - Dedah Ketua Pengarang Harakah


PAS cuba sedaya upaya untuk menutup perbutan kuasa yang sedang berlaku dalam parti berkenaan.

Amat jarang ditemui berita sensasi berkenaan pemilihan di kawasan-kawasan dan juga trend pencalonan untuk jawatan utama, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Setakat ini antara calon-calon yang disebut-sebut sebagai Timbalan Presiden disamping penyandang Mat Sabu, khabarnya Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nik Amar Abdullah Nik Abdullah serta Husam Musa turut mendapat pencalonan untuk jawatan tersebut.

Meskipun cuba ditutup, tetapi apabila Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menulis atas tajuk "PAS hadapi situasi paling sulit?" yang tersiar di Detik Daily, maka dengan sendirinya mendedahkan apa yang berlaku dalam kelambu parti berkenaan.

Antara perkara yang dibangkitkan berkisar kepada pertembunngan profesional dengan ulamak, disamping mengulas tentang kaedah kempen yang semakin licik, malah lebih teruk serta tidak beretika, termasuk perihal golongan muda dalam PAS yang seolah-olah tidak hormati langsung orang lama dalam parti.

Apatah lagi dengan keterbukaan media baru, khususnya penggunaan Facebook dan Twitter yang menjadi medium untuk berkempen.

Sesungguhnya, apa yang ditulis oleh Ketua Pengarang Harakah itu adalah terjemahan dari luahan yang sebenar, dan suatu hakikat yang perlu dipercayai ialah berlaku krisis kepimpinan yang kritikal dalam PAS.

1 comment:

Anonymous said...

Ternyata bila PAS bersekutu dengan yahudi pluralisme anar ibrahim@PKR dan DAP...parti PAS mmbusuk jado bangkai....syukur umno terselamat dari petaka yahudi pluralisme ini dengan memecat yahudi pluralisme dari umno...dana yahudi zionis menguadai pemilihan parti PAS...tunggu ulamak dipinggir dari PAS dalam pemilihan parti hujungbtahun ini...hancur pas..selamatkan malaysia dari anjing pluralisme dan anjing syiah...