Monday, October 14, 2013

Ribut Petir Sempena Aidil Adha Diramal Berlaku Di Selangor


Selangor adalah antara negeri yang diramalkan akan dilanda ribut petir sempena hari pertama Aidil Adha.

Malah hujan sebelah pagi disebelah pagi di Selangor turut diramalkan melibatkan Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Hujan diramal berlaku di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor pada pagi Aidiladha esok. 
Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini cuaca di Perak, Perlis, Putrajaya dan Kuala Lumpur pula diramal mendung manakala negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak tiada hujan pada sebelah pagi. 
Pada sebelah petang, ribut petir dijangka berlaku di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Terengganu. 
Hujan pula diramal di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Putrajaya dan Sabah pada sebelah petang, manakala cuaca mendung di Labuan. 
Pada sebelah malam, Johor, Labuan, Sabah, Sarawak, Terengganu dijangka mengalami hujan, sementara cuaca mendung di Kedah dan Pulau Pinang manakala cuaca di Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Putrajaya dan Selangor diramal baik pada sebelah malam. - Utusan
Rancang aktiviti anda esok.

No comments: