Friday, April 19, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 12 - Khalid Ibrahim Dipekena Dan Dimalukan Dimalam Pelancaran Manisfesto Pakatan Rakyat Selangor


Semalam MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah melancarkan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam.

Dibawah tajuk Ekonomi Rakyat, Khalid bagi pihak Pakatan Rakyat Selangor telah berjanji untuk menubuhkan 'Hab Halal' Selangor dan ini boleh dirujuk pada petikan manifesto berkenaan di bawah.

Adalah amat memalukan apabila Khalid sendiri tidak menyedari tentang kewujudan hab halal yang telah pun beroperasi sejak 2003, yang dimajukan oleh Central Spectrum anak syarikat PKNS di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.


Anda boleh memeriksa kewujudan hab halal Selangor di laman webnya SINI.

Adalah suatu perkara yang menghairankan apabila Khalid tidak sedar dengan kewujudan hab halal ini, walhal ia terletak di kawasan yang bakal ditandinginya, Pelabuhan Klang.

Khalid kelihatan sengaja dipekenakan oleh penggubal manifesto berkenaan supaya kelihatan bodoh oleh rakyat Pelabuhan Klang dan amnya seluruh rakyat Selangor.

Apakah Azmin terlibat dalam mengenakan Khalid?


Sebagai perbandingan dengan Manifesto BN Selangor (imej atas), jelas sekali BN Selangor lebih teliti dalam menawarkan janji kepada rakyat Selangor.

Ketika PR menjanjikan sesuatu yang telah wujud dan beroperasi, BN menawarkan kesempurnaan dalam sektor logistiks dengan janji memajukan Hab Logistiks Global Selangor yang menjajarkan kawasan dari Pelabuhan Klang, Kota Raja hingga ke Sepang.

Puhhhh.... Mana Khalid nak sorok muka kepada pengundi-pengundi Pelabuhan Klang?

3 comments:

Anonymous said...

Khalid boleh belah la

Anonymous said...

haha.. yg best nya.. termasuk persijilan halal negeri selangor..

Bukankah skrg nie semua halal bawah jakim dan dah takda halal negeri negeri..

payah, payah.. macam nie..

Anonymous said...

Apa hal nak marah Khalid Gagap..Selangor bukan kah ada Punahsihat Ekonomi yang dari Bekas Mentei Kewangan Malaysia.. Brgaji RM1, so apa Punahsihat Ekonomi Buat? Meliwat atau vium ketiak..atau sondol vhina doll aka samdol