Tuesday, April 16, 2013

Fakta Yang Perlu Diketahui - Mat Taib Panggil Dr Harun Din Bagi Syarahan Sebulan Sekali Di Kediaman Rasmi MB Ketika Jadi MB Selangor

Bekas Menteri Besar Selangor TS Muhamad Muhd Taib dilaporkan telah menyerahkan borang keahlian PAS melalui Dato' Dr Harun Din.

Penyertaan Muhamad sebagai ahli PAS tentunya tidak menarik perhatian jika beliau bukan bekas MB Selangor dan bekas Naib Presiden UMNO.

Sebelum 1986, Muhamad hanyalah seorang ADUN biasa di Batang Kali dan tidak begitu dikenali diluar kawasan Hulu Selangor. Namun, saya kerap melihat menjelang PRU 1986 apabila beliau sering mengikuti rombongan MB Selangor ketika itu Dato' Ahmad Razali yang merasmikan mesyuarat ke cawangan-cawangan UMNO. (Keadaan amat berbeza dengan dulu dan sekarang. MB pada 1986, masih sempat merasmikan Mesyuarat Agong Cawangan UMNO yang terpilih di setiap bahagian)

Ekoran pengguguran Ahmad Razali sebagai calon BN PRU1986, dengan izin Allah jua Muhamad dilantik sebagai MB Selangor, meskipun ada lagi yang lebih senior malah pernah menduduki kerusi Exco Negeri Selangor.


Pada pemilihan tertinggi UMNO 1993, Muhamad telah bertanding untuk merebut salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden UMNO.

Kejayaan Muhamad menang kerusi tersebut dikatakan oleh para pemerhati politik kerana penglibatannya dalam 'Team Wawasan" yang terdiri dari DS Anwar Ibrahim (Timbalan Presiden) bersama DS Najib Razak dan TS Muhyiddin Yassin (Naib Presiden).

Kemenangan Muhamad juga turut didorong dari slogan retorik 'Melayu Baru'. Sebuah buku khusus untuk kempen Muhamad pada pemilihan UMNO 1993 itu telah diterbitkan, hasil tulisan Chamil Wariya dengan judul 'Suara Bicara Melayu Baru - Fikrah Dan Minda Muhamad Hj Muhd Taib'.

Dalam mendedahkan hangat-hangat tahi ayam Muhamad dalam mempelopori konsep Melayu Baru, Yazid Othman menceritakan,
Membuat keputusan, resolusi, cadangan dan seumpamanya memanglah mudah bagi satu-satu kongres, persidangan, pertemuan atau pemuafakatan dan seumpamanya.Tetapi melaksanakan keputusan atau resolusi bersetujuan itu malah lebih sukar dari segala-galanya. Ambil saja contoh Resolusi Pertemuan Masyarakat Melayu Se dunia di Shah Alam diawal 1990an dulu, sebagai perbandingan .
Pertemuan yang besar itu telah meluluskan beberapa resolusi penting,  antaranya; menubuhkan Sekretariat Melayu Antarabangsa bertempat di Shah Alam, dengan kemudahan-kemudahan  yang setaraf dengan kepentingan dan peranannya yang sangat penting itu, di mana segala perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sekretariat Agung itu diletakkan di bangunan Muzium Selangor di Shah Alam..
Hero masa penubuhan sekretariat itu ialah  Tan Sri Mohamad Bin Mohd Taib Menteri Besar Selangor sendiri . Beliau ditonjolkan sebagai tokoh terpenting Melayu yang akan membawa misi dan visi orang-orang Melayu dengan konsep ciptaan beliau sebagai Melayu Baru.
Walaupun konsep Melayu Baru ini dicipta oleh Tun Dr.Mahathir Muhammad, tetapi promosinya yang begitu hebat dibuat oleh Muhammad  Mat Taib, sehinggakan beliaulah dilihat pada waktu itu sebagai pejuang Melayu Baru dan  bintangnya menjadi cukup terang, dan prestasi politiknya  naik mendadak,  dengan memenangi jawatan salah satu dari tiga Naib Presiden UMNO dalam pemilihan Majlis Tertinggi.
Malangnya Sekretariat Melayu itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja, ianya terkubur tanpa batu nesan . Pejabat Tan Sri Ismail Hussein sebagai Pengarahnya juga turut terkubur, dan nama Sekretariat Melayu Antarabangsa itu akhirnya berpindah ke pejabat GAPENA di Jalan Lapanganterbang Lama. Kereta Mercedes yang diberikan kepada Tan Sri Ismail  iaitu Pengarah sekretariat tersebut , juga mungkin telah ditarik balik. Mana tanggungjawab Kerajaan negeri pada masa itu ? Tidak lain, selain dari lepas tangan !
Dari pendedahan di atas, rupanya terbongkar bahawa 'Melayu Baru' hanyalah slogan retorik Muhamad yang sekadar untuk menunjukkan perbezaan dengan calon-calon lain, termasuklah Najib dan Muhyiddin.

Berbalik kepada hubungan Muhamad dan Dr Harun Din, hakikatnya ia bukanlah perkara baru.

Bila Harun tekad bergerak aktif dalam PAS, suatu perkara yang diungkit ialah anugerah tanah oleh Muhamad terhadap lot tanah di Bangi.


Mungkinkah lot tanah berkenaan adalah merujuk kepada DarusSyifa' (foto atas) yang ditubuhkan oleh Harun, yang beralamat No. 5, Jalan 1/7D, Bandar Baru Bangi?

Dalam buku 'Jejak Pejuang' terbitan NADA (Suara UMNO Selangor) 1996, ada menyebut bahawa ketika Muhamad menjadi MB Selangor, Harun memberi syarahan agama setiap Rabu hujung bulan selepas solat Maghrib di kediaman rasmi MB Selangor. (muka surat 326)

Oleh yang demikian, tidak menghairankan jika Muhamad berjumpa Harun untuk menyertai PAS kerana keintiman mereka telah terjalin sekian lama.

Malah seperkara yang masih menjadi ingatan saya ialah dalam perjumpaan tertutup ketika Muhamad menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor buat kali terakhir, iaitu selepas PRU12. Beliau mengingatkan bahawa UMNO harus memberi perhatian kepada pesara-pesara siswazah, khususnya lepasan UKM. Bagi Muhamad, mereka akan lebih cenderung kepada parti lawan.

Akhirnya, apa yang dibimbangkan oleh Muhamad bakal tertepek kepada dirinya sendiri, meskipun beliau adalah siswazah UM.

Kita tunggu hingga Isnin selepas hari penamaan calon, samada benar atau tidak Muhamad akan menyertai PAS seperti diuar-uarkan oleh kebanyakan blog pembangkang.

12 comments:

Anonymous said...

SALAH SORANG MELAYU BODOH YG AKAN MENGGADAIKAN AGAMA,BANGSA & NEGARANYA..MELAYU AKAN MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI..

Anonymous said...

KAU TU YANG BODOH. MELAYU LA SANGAT. ORANG NAK PERJUANG ISLAM BUKAN MELAYU. ADA FAHAM. GI BALIK NGAJI FARDHU AON DULU BARU BOLEH KATA ORANG BODOH. ENOUGH IS ENOUGH!

Anonymous said...

KAU TU YANG BODOH. MELAYU LA SANGAT. ORANG NAK PERJUANG ISLAM BUKAN MELAYU. ADA FAHAM. GI BALIK NGAJI FARDHU AIN DULU BARU BOLEH KATA ORANG BODOH. ENOUGH IS ENOUGH!

Anonymous said...

MARI PERJUANG ISLAM
UNDI PARTI SELUAR DALAM

Anonymous said...

nak perjuangkan islam macam mana??? yg di ajak bersekutu jenis kafir harbi yg terang terang anti islam dan yg satu lagi pengamal tegar LGBT...ada akai ka????

Anonymous said...

Nak perjuangkan islam kebendanya. Baru keluar sikit video seks pemimpin mereka, terus mereka tutup mata dan telinga. Siasat idak, tertuduh pun takut nak bersuara, cuma pandai tunding jari pada orang lain atas kesilapan sendiri. Pergi mampus dengan parti Isle tu...!!!!!!!!!

Anonymous said...

cakap berapi nak perjuang Islam.. tapi dalam masa yang sama berpelukan dengan kafir harbi.. dan menuduh sesama Islam kafir.. siap menjanjikan syurga, pahala lagi... tonton bideo stopa.. stopa dapat pahala.. hahaha

hambali dom said...

cetek benar fikiran pro umno ni. tu la kalu pemandu nya mabuk penumpangnya pun turut pening lalat. kesian....belajar la agama ngan ulama muda fathul bari tu dulu. ulama ni pun sama pening lalat ulama bidan terjun umno. emmmm

Anonymous said...

Kaunberitau negra islam mana yang aman..? Arab saudi aset semua beli d US dan d negara barat..lain negar islam hancur sebab rasuah, penyalahgunaan kuasa, menindas sedama agama, berbunuh sesama islam..why sebab bangsa tak bersatu..itu aja.. Bila bangsa bersatu buat apa pun senang..termasuk beragama..kau belajar copy paste..itu sebab akal kontot..peliwat dan penzina d katakan juangkan islam?

Anonymous said...

Yang cetek pemikiran org pAs... memang Pas ni sangat2 bodoh.... memerintah tak pandai... semua nak org yg buat... sebab tu kelantan tak maju... cakap org pas semua tak boleh pakai... bab kepimpinan mana ada org pas yg pandai.. tu yg terpaksa import org luar tue... haha percaya la sngt dengat mat taib tue... org reject dalam umno semua pas sapu.. so automatiknya pas pun jd parti reject....

Anonymous said...

mat taib ni dulu ada kes pasal duit...puak pas kata kat dia mcm-mcm
cuba buka balik buku lama...

Anonymous said...

Marilah kita kembali mengikut perintah ALLAH -

Surah Al-Fath ayat 29
[29]Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam) ... hingga akhir ayat.

Moga ALLAH Membuka pintu hati org Melayu utk bersatu.