Wednesday, April 17, 2013

Apakah Najib Akan Lanjutkan Tempoh Merajuk Calon & Penyokong Hingga Sabtu 20 April?

Harapan Presiden UMNO DS Najib semasa perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin UMNO minggu lepas adalah memberi ruang untuk tempoh merajuk kepada mereka yang tidak terpilih hanya selama 24 jam selepas pengumuman nama-nama calon.

Kebanyakan negeri telah pun mengeluarkan senarai calon semalam. Ini bermakna tempoh merajuk bagi kesemua yang tidak terpilih hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Mungkin ada yang berlapang dada menerima keputusan tersebut, tetapi tidak kurang juga yang telah mengambil tindakan menutup bilik gerakan dan malah ada juga yang menarik balik keperluan logistiks.

Berat mata memandang, maka lebih berat pula bahu memikul. Apatah pula, dikalangan mereka yang telah pun duduk sebagai Penyelaras DUN atau Parlimen dengan merujuk kepada kes di Selangor. Setelah 5 tahun   duduk di tempat tersebut dan telah melakukan kerja-kerja laksana wakil rakyat, tentunya timbul hasrat untuk dipilih sebagai wakil rakyat yang sah melalui pilihan raya.

Sesungguhnya perkara yang perlu difahami oleh semua pihak, baik calon yang terpilih mahu pun yang tidak terpilih serta para penyokong masing-masing bahawa pemilihan calon yang bertanding untuk PRU13 bukannya untuk melantik 'Tok Demang'.

Zaman dulu 'Tok Demang' punya kuasa feudal yang berkuasa dalam serba-serbi.Boleh menetap dan memungut cukai, boleh menghukum dan apa jua tindakan berbentuk kuasa mutlak.

Namun diera ketamadunan dan persekitaran komuniti yang bersifat well-informed, sudah sampai masanya untuk menghentikan tindakan-tindakan yang tidak cerdik dan bersifat berkepentingan peribadi.

Sesungguhnya merajuk akan membawa kepada perkara lain yang berbentuk tindak balas yang boleh merosakkan mood kemenangan pilihan raya.

Mungkin ada kaedah pada Presiden UMNO untuk membendung sindrom merajuk ini. Mungkinkah dalam tempoh beberapa hari ini, menjelang penamaan calon kepimpinan tertinggi UMNO samada pusat mahu pun negeri dapat menyelesaikan masalah ini? Atau sekurang-kurangnya memanjangkan tempoh merajuk sehingga hari penamaan calon.

Wallahualam.

6 comments:

usin said...

parlimen pekan dan parlimen temerloh di pahang tak jauh. tp ibarat kuman di seberang laun nampak, gajah depan mata tak nampak. bagusnya calon2 BARU dikemukakan, tp dgn mengekalkan calon BARUA, ini yg mengundi bn marah!!! siapa calon parlimen temerloh wahai datok jib gor?

Anonymous said...

Bg org UMNO cuba ikut resam peganut PAS sikit2. Jgn tiru taksub mereka bulat2lah tp sikap patut dan dgr ckp pemimpin itu mengatasi hal2 remeh mcm ni.
Kita yg kt bwh2 ni mcm hebat sgt kritik org atas. Lainlah klu mcm zmn paklah dlu.. terang2 byk masalah.
PAS berjaya tanamkan rasa 'cinta' ahli pd parti ialah dgn sifat aku dgr aku taat.. wpun calon busuk mcm MAT SABU tp tetap kuat dan menang krn sifat taat dn tak sbotaj wpun pengeluat LENDIR hanyir.

DLm UMNO ni byk yg gila jawatan terang2. bila xjd calon mcm nk kiamat dunia.. bebal dan mula jd syaitan dlm jubah! Cuba belajar terima dan doakan yg terbaik wpun ada rasa xpuas hati. lbh berkat dr mulut busuk sana sini.. akhirnya musuh menang..

lu USIN dont emotional sgtlah.. Anwar kasi kau bape juat ha U-TURN awal2?

watch out ur self lah bro!bored to see ur child-like psoting avery blog...

Anonymous said...

JANGAN UNDI CALUN, UNDI PARTI




YANG PASTI DACING!!!
YANG PASTI BIRU!!!
YANG PASTI BN!!!


HIDUP NAJIB HIDUP BN

yloostyloo said...

Kedah...bungkus doh

Anonymous said...

jgn dikut hati yg rajuk. selama ini kita berjuang sbb parti bukan dr sendri. kalo niat tak btul allah xkn bersama. ikhlas kanlah hati demi perjuangan bukn dr sendiri tp lebih dr itu sayang parti kerana agama dan negara. kalo pun ndk dikalahkan calon tsbt apa faedah yg kita dpt. xkn kerna susu setitik nak drosakkan susu sebelanga. tolong faham keadaan semasa yang sentiasa memerlukan kita semua berganding bahu utk kta juga. pujuklah hati yg rajuk, allah dh tetapkan bukan rezeki kita. smuanya ketentuan allah ada hikmah dsebaliknya. terima dgn redha ntah lebih besar ganjarannya.

Anonymous said...

Dah lama tidur nyenyak, bila pijat kacau, abis ngan tilam skali dibakar. Inikalilah.