Monday, April 1, 2013

Apa Dah Jadi Dengan Che Gu Bard? Dia Dah Bagi Peluru Pada UMNO Untuk Haramkan PKR


Bagai dah bentan tak dapat menjadi calon PRU13 di Rembau, Badrul Hisham Shahrin a.k.a Che Gu Bard dah  mula mengacah-acah PKR.

Senapang dihalakan kepada UMNO, tapi bedekan sebenarnya disasarkan kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Cuba dengar betul-betul kenyataan merapu oleh Che Gu Bard dalam video di bawah.


Che Gu Bard mungkin berasa hairan bagaimana UMNO mengurus 19,235 cawangan dan keahliannya yang berjumlah 3,478,393 orang, dengan dengan bilangan ranting dan ahli yang tak seberapa PKR boleh menjadi tunggang langgang dan berbaling kerusi dengan dakwaan perwakilan yang tidak sah semasa mesyuarat agung pemilihan di beberapa cabang PKR.

Antara contoh-contoh cabang PKR yang timbul huru hara ialah Kota Raja, Kelang dan Sabak Bernam di Selangor.

Hakikat yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia, pentadbiran dan pengurusan UMNO dalam mengurus organisasi adalah yang terbaik berbanding PKR, PAS apatah lagi DAP.

Cukup untuk memaparkan perjalanan Mesyuarat Agong Bahagian UMNO dengan Cabang PKR (dengan menjadikan kawasan parlimen Indera Mahkota, Pahang sebagai perbandingan);

Mesyuarat Agong  Tahunan  UMNO Indera Mahkota
Mesyuarat Agong Tahunan PKR Indera Mahkota
Perhatikan perjalanan mesyuarat agong Cabang PKR di atas tanpa sebarang dokumen mesyuarat seperti minit mesyuarat agong yang lalu, penyata tahunan dan penyata kewangan. Lihat betapa didepan penjawat-penjawat utama PKR Cabang Indera Mahkota tersebut tidak terdapat sebarang dokumen, seperti lazimnya dilihat dalam mesyuarat agong yang dilaksanakan oleh UMNO.

Bandingkan pula dengan foto di bawah yang menunjukkan Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Pantai, Bahagian Labuan dan cuba anda perhatikan apa yang dipegang dan ditatap oleh penjawat utama cawangan berkenaan, seperti di bawah:-


Lihatlah betapa mesyuarat yang berlansung di peringkat cawangan (ranting bagi PKR) adalah lebih mengikut peraturan dari perjalanan mesyuarat yang dikendalikan oleh cabang PKR.

Tidak malukah Che Gu Bard bila mendakwa hanya 25% atau suku sahaja cawangan-cawangan UMNO seluruh negara adalah yang sah?

Sebenarnya, bukan tiga suku cawangan UMNO adalah haram, sebaliknya yang tiga suku ialah otak Che Bard. Tindakannya itu ibarat mengundang serangan balas UMNO terhadap PKR.

Bayangkan kalau UMNO juga bertindak menyiasat ranting-ranting PKR seluruh negara, rasanya 90% bakal dapat surat perintah pembubaran dari Pendaftar Pertubuhan!

4 comments:

Unknown said...

salam pejuang bangsa

tuan..harap pautkan blog saya http://adakuasa.blogspot.com/ di blog tuan..terima kasih

Anonymous said...

Pemimpin PKR dapat menilai sendiri Cikgu Bard ni orangnya macamana. Beliau hanya tin kosong. ( Empty Vessel). Tiada kualiti dan tiada nilai. Itu sebab namanya tak ada sebagai calun. Kesian cikgu Bard. Di depan beliau hanya ada jalan gelap. Walau apa pun yang kau buat, pasti kau tidak akan dihargai.
PuteraNS.

Anonymous said...

Apa sangat yang nak diharapkan dari pemimpin PKR...Depa semua adalah kes REJECT!!! Tak ada value, lebih teruk dari istilah "tin kosong"...

Anonymous said...

Amno/be end kalah 3-0 di Indera Mahkota...