Wednesday, April 3, 2013

Anwar Umum Barisan Calon-Calon PKR Yang Berusia Lebih Dari Usia Wafat Nabi Untuk Bertempur Dalam PRU13


Malam tadi di Kg Dato' Sulaiman Menteri, Johor Baharu telah mengumumkan barisan awal calon-calon yang berusia melebihi usia wafat Nabi.

Antara yang disebut ialah Jeneral (B) Md Hashim Hussein yang berusia 66 tahun yang bakal bertanding di Johor Baharu, Lt Jeneral (B) Abdul Ghafir (rakan sebaya Md Hashim) di Pasir Gudang dan Idris Jauzi di Batu Pahat.

Disamping itu, minggu lepas seorang lagi calon melebihi usia 63 tahun, Pengerusi PKR Pahang Fauzi Abdul Rahman diumum sebagai calon PKR untuk kerusi parlimen Indera Mahkota.

Namun jangan kita lupa dengan bakal tertua PRU13 yang bakal ditampil oleh PAS iaitu Nik Aziz Nik Mat (82 tahun) yang tentunya tidak akan berundur sebagai MB Kelantan.

Itu belum lagi dipihak DAP dengan penampilan kuda-kuda tua seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Barangkali pertembungan PRU13 adalah lebih kepada musuh-musuh politik sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, dengan generasi kedua selepas Tun Razak.

3 comments:

Anonymous said...

LEPAS SELESAI PRU13, KENA BUAT PULA PILIHANRAYA KECIL KERANA YB2 TUA NI MUNGKIN PADAM SORANG DEMI SORANG.TU PUN KALAU MENANG. SILAP TAK SILAP MALAM PENGUMUMAN KEPUTUSAN PRU13 PUN ADA DAH YG PADAM PASAI TERKEJUT KALAH. TAPI PADA FIRASAT BERDASARKAN UMOQ DEPA NI...SEMUA AKAN KALAH. SAPA NAK PILIH...MATA DAH RABUN, NYANYUK, BERJALAN KENA PAKAI TONGKAT, KENA NAIK KERUSI RODA.

Anonymous said...

tapi bukan calang calang orang tuhhh...bekas tentera bebbb!!..dorang bole ler berperang kat medan tempur..nuar di medan????..hehehehe

Anonymous said...

Satu sejarah baru bakal tercipta, politik kit siang terkubur dibumi lahirnya umno. Pkr juga terkubur selepas pru13.