Thursday, April 4, 2013

Analisis PRU13 - Ketika Reformasi Indonesia Mengurangkan Peranan Tentera Dalam Politik, Anwar Pula Berpaut Pada Jeneral-Jeneral Pencen


Sehari sebelum parlimen dibubarkan, Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein (foto atas) telah dinamakan oleh DS Anwar Ibrahim sebagai calon PKR untuk kawasan parlimen Johor Baharu pada PRU13 yang akan datang.

Selain Md Hashim, Lt Jeneral Abdul Ghafir Abdul Hamid turut dinamakan untuk bertanding di Pasir Gudang. Dalam pada itu, Brig Jeneral (B) Abdul Hadi Al Khatab (ada cerit mengatakan beliau tidak layak menggunakan pangkat tentera kerana tindakan disiplin - klik SINI), disebut sebagai calon di Tanjung Malim.

Sementara itu dipihak PAS, Brig Jeneral Dato' Najmi Ahmad telah pun dinamakan oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang sebagai calon di Baling.

Disamping Najmi, Laksamana Pertama (B) Imran Hamid adalah antara bekas pegawai tinggi ATM yang menyertai PAS.

Sesuatu yang mungkin kita tidak perasan, meskipun keseluruhan mereka adalah pesara-pesara ATM yang telah pun menjadi orang awam, semua mereka masih menggunakan gelaran seperti yang mereka sandang dalam ATM.

Fenomena ini merupakan suatu perkara yang baru, seolah-olah Pakatan Rakyat yang dikoordinasi oleh Anwar cuba menonjolkan peranan tentera dalam politik Malaysia.

Keadaan ini berbeza dengan reformasi di Indonesia apabila rakyat menuntut penghapusan dominan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (sekarang Tentera Nasional Indonesia - TNI) dalam sistem politik negara tersebut.

Justeru apa yang cuba dibawa oleh Anwar jelas satu permulaan membawa tentera dalam kancah politik.

Saya tidak yakin bahawa bekas-bekas Jeneral ini dapat mensesuaikan dalam satu sistem pentadbiran awam, memandangkan sebahagian besar usia mereka adalah didalam sistem ketenteraan.

Rupanya, didalam Anwar memandang dan menjiwai reformasi di Indonesia, hatinya terpaut jua kepada sistem yang berlaku diera pemerintahan Suharto.

Seharusnya ATM harus dipandang sebagai suatu institusi yang profesional dalam memelihara kedaulatan negara.

1 comment:

Megat Alam Gempita said...

Inilah tanda-tanda awal pemerintahan seorang rejim diktator. Namun Insya Allah jeneral-jeneral lapuk (B - Buncit, bonggok, bongek, baral, bangsat...) tak kemana pun. Semuanya ada skandal yang bakal didedahkan bersama bukti nyata! Korang tunggu yer!!!