Tuesday, February 26, 2013

Arahan Terbaru Anwar Ibrahim - Jangan Toleh Belakang


Manifesto Pakatan Rakyat telah pun dilancarkan dengan tajuk 'Manisfesto Harapan Rakyat'.

Menariknya manifesto ini ialah dimulakan dengan sepucuk surat yang berbentuk futuristik  yang bertarikh 14 September 2023.


Perenggan pertama dalam warkah impian sudah cukup untuk kita ketawa.

Bukan mempersendakan pembinaan kawasan elit Damansara bakal dibina dengan rumah mampu milik, tetapi kita harus berpegang kepada realiti track record pentadbiran di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Dengan Kelantan yang telah lebih 20 tahun dibawah pemerintahan PAS, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah telah masuk ke fasa terakhir 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, apakah langkah-langkah merealisaikan impian futuristik ini telah bermula?

Saya tidak arif untuk tentang apa yang yang berlaku di negeri-negeri lain, namun apa yang terhidang di depan mata di Selangor sudah cukup untuk saya meragui manifesto Pakatan Harapan Rakyat.

Apa yang berlaku di Selangor, bukannya pembinaan rumah mampu milik di bina di kawasan elit, sebaliknya kawasan perumahan rakyat marhaen diroboh untuk memberi laluan kepada perumahan mewah. Contohnya Datum Jelatek,di kawasan Dato' Keramat [Baca SINI].

Bukan itu sahaja, ia turut berlaku di Pelabuhan Klang bila kawasan perumahan yang dizonkan untuk Perumahan Awam Kos Rendah telah dipinda pelan pembangunannya kepada perumahan mewah [Baca SINI].

Pada saya, Anwar Ibrahim umpama tokong kepada pengikut-pengikutnya dengan menerapkan konsep 'pandang ke depan dan jangan toleh belakang'. 'Belakang' sudah jadi milik eksklusif bagi Anwar.

Namun, saya tetap memilih untuk menoleh ke belakang 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Cukuplah, jangan berikan harapan untuk 5 tahun akan datang kepada mereka.

2 comments:

Anonymous said...

Saya adalah mangsa membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh orang selain Islam, anak saya, adik saya malah ipar-ipar saya semuanya menjadi liberal, mereka tidak lagi berkhatan, tidak lagi pandai mengaji kerana iman mereka tunggang langgang. Sekolah Agama telah menjadi sarang ternakan Liberal jauh lebih hebat daripada sebuah Universiti Islam yang pernah diterajui oleh mendiang mantan PM tersebut. selain daripada itu, Malaysia telah menjadi negara yang sering ditimpa bencana kerana kebanyakan rakyatnya mengamalkan seks sejenis, hasil daripada asuhan mendiang mantan Perdana Menteri yang menang pada PRU tahun 2013. saya turut memilih mereka tetapi setelah mantan PM tersebut mati kerana HIV, saya berasa sangat menyesal...menyusul lagi

Anonymous said...

Saya pula penyokong kuat PKR yg mngetuai Pakatan Rakyat memenangi PRU13 Malaysia. Sukanya saya, bila Pak Anuwar jadi PM, tapi kegembiraan saya tak lama, banyak janji2 beliau sebelum menang PRU13 - bukan Janji Ditepati tapi Janji tinggal Janji. Pak Anuwar mulai sakit2 selepas satu tahun jadi PM (sok sek org ramai katanya beliau hidap HIV) saya tak percaya. Sejak jadi PM saya tengok pemimpin2 DAP ulang alik ke rumah & pejabatnya, antaranya yg paling kerap ialah LGE bersama ayahnya LKS. TPM1 masa tu dr PAS pun dah ingat2 lupa, jadi TPM2 yakni LGE banyak berperanan......
Tarikh: 26hb Februari 2021