Wednesday, February 27, 2013

Khalid Ibrahim Nekad Dengan Agenda Penyisihan Orang Melayu Dari Kawasan Dato' Keramat


Lantaran serangan dan bantahan bertali arus ke atas projek Datum Jelatek, MB Selangor TS Khalid Ibrahim tampil dengan kenyataan bahawa projek tersebut akan melonjakkan nilai hartanah di kawasan Dato' Keramat kepada RM500 juta.

Menurut laporan portal Media Selangorku,

 Pembangunan Projek Datum Jelatek di Keramat oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melonjakkan pemilikan nilai hartanah masyarakat Bumiputera melebihi RM500 juta. 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebelum ini nilai pemilikan masyarakat Bumiputera di kawasan itu hanya sekitar RM20 juta. 
“Apa yang dilakukan oleh PKNS ialah membelinya dengan 15 kali ganda daripada harga asal iaitu berjumlah RM300,000. 
“Jadi masyarakat Bumiputera yang memiliki hartanah tersebut sudah memiliki nilai hartanah yang meningkat sebanyak 15 kali ganda. 
“Ini tidak tergambar jika kita tidak membuat pembaharuan dalam pembangunan tersebut,” kata Abdul Khalid

Kenyataan Khalid tersebut dengan sendirinya memperlihatkan agenda halus penyisihan orang Melayu dari kawasan Dato' Keramat dengan menjadikan faktor RM sebagai jalan keluar untuk agenda tersebut.

Tentunya, ini berlawanan sama sekali dengan manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13, malah ia kini telah menjadi bahan jenaka, apabila kononnya akan menjadikan kawasan elit di Damansara sebagai kawasan perumahan mampu milik di masa depan. [Klik SINI]

Dalam pada itu, baca ulasan menarik terhadap manifesto perumahan Pakatan Rakyat di blog bekas MB Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, klik SINI.

1 comment:

Anonymous said...

Perasan tak, reasoning yang dibuat oleh Khalid ttg nilai harga tanah melambung dengan pembangunan projek tersebut, AMAT SAMA dengan reasoning yang diberi oleh MB Terengganu ttg kenapa pasar payang harus dibina baru dan kawasan tersebut dibangunkan.

Tetapi PR menentang sakan projek pembinaan Pasar Payang yg baru.
Kenapa? ....sbb apa sahaja yg BN buat harus ditentang.

Walhal... Datum Jelatek MERAMPAS tanah yg dikhususkan untuk pembinaan rumah mampu milik (yg pasti ramai orang Melayu boleh beli) untuk membina istana hinggap golongan jutawan (Cina Hong Kong.. Singapore.. mat salleh..etc)

Sedangkan.. Komplek Pasar payang adalah untuk SEMUA orang dan majoriti peniaganya adalah kaum bumiputera.