Thursday, January 24, 2013
Takut Kehilangan Gaji & Elaun RM40,000 Sebulan Serta Bonus Tahunan RM280,000, Pengurus Besar PKNS Menggelupur Nak Minta Sambung Kontrak
Kalau dilihat pada tarikh perlantikan Pengurus Besar PKNS Othman Omar (foto atas - sebelah kanan Azmin Ali), ia bermula pada 1 Februari 2009 dan berakhir pada 31 Januari 2011.
Lantaran pembaharuan kontrak selepas itu, bermakna tanggal 31 Januari 2013 adalah tarikh luput bagi Otman sebagai Pengurus Besar SEDC yang terkaya di Malaysia.
Soksek-soksek dari PKNS didengari sebagai menyebut Othman memang berhajat untuk agar kontraknya dapat diperpanjangkan lagi. Adalah sukar untuk Othman untuk meninggalkan PKNS kerana gaji dan elaun dengan PKNS serta anak-anak syarikat PKNS mencecah RM40,000 sebulan. Malah, Othman juga menerima RM280,000 sebagai imbuhan tahunan.
Dari dalam PKNS turut didengari bahawa mereka amat berharap agar Othman tidak disambung kontrak. Menurut mereka, Othman tidak membantu usahawan dan kontraktor Melayu, walhal dalam matlamat penubuhan SEDC ia adalah bermatlamatkan membimbing dan membantu usahawan dan kontraktor bumiputera.
MB Selangor Khalid Ibrahim dalam mempertahankan perlantikan dan imbuhan-imbuhan yang diterima oleh Othman, menyatakan bahawa Pengurus Besar itu telah memperkenalkan tender terbuka dan tindakan itu telah menjimatkan kos PKNS. Namun begitu, beberapa projek telah gagal disiapkan, gara-gara harga tender terendah.
Sebaliknya, kegagalan projek dengan harga tender terendah, telah membawa kepada pemberhentian kontrak. Dari pemberhentian kontrak itu, projek telah diberikan kepada kontraktor bukan bumiputera dengan harga yang lebih lumayan, berbanding dengan harga kontrak asal. Bak kata mereka yang memerhati dari dalam PKNS, 'kontraktor bumi hirup kuah, sementara penyambung kepada projek yang terbengkalai, makan daging yang sedap-sedap'.
Justeru, mereka amat berharap supaya kontrak Pengurus Besar itu tidak disambung.
Baca lagi perihal Othman Omar diawal perkhidmatannya bersama PKNS di blog The Unspinners.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
31 Januari 2011??? Sepatutnya 31 Januari 2013, harap diperbetulkan...
anon 8:28,
kontrak 2 tahun pertama berakhir jan 2011, dan renewal berikut berakhir jan 2013
Post a Comment