Thursday, January 31, 2013

Fuhhhh..... Nik Aziz Terus Guna Fasal 77(7)


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemecatan keahlian Ust Nasharuddin Mat Isa.

The Star telah melaporkan kenyataan Nik Aziz dan petikannya adalah seperti di bawah.


Walau dalam perlembagaan PAS ada menyebut,
Fasal 77(7) 
"MAJLIS SYURA ULAMA" dalam keadaan tertentu dalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya oleh mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad.
namun, sebenarnya masih ada ruang perbicaraan, jika Nik Aziz menggunakan budibicara, dengan merujuk Nasharuddin ke Lembaga Tatatertib.

Ini termaktub dalam fasal-fasal berikut,
Fasal 75(4) 
"MAJLIS SYURA ULAMAK", menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa. 
Fasal 75(5) 
Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah 
(a) Memberi amaran 
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti 
(c) Menggantung keahlian 
(d) Memecat dari menjadi ahli 
Fasal 75(6) 
Seseorang ahli yang tidak berpuashati terhadap sebarang tindakan dan keputusan yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa ini bolehlah membuat rayuan bertulis kepada "MAJLIS SYURA ULAMAK" dalam tempoh tidak lewat daripada enam puloh hari dari tarikh tatatertib itu diambil terhadapnya. Keputusan "MAJLIS SYURA ULAMAK bersabit dengan rayuan itu adalah muktamad.
Akan tetapi dalam kes Nasharuddin, nasib beliau begitu malang apabila Nik Aziz mempergunakan kuasa mutlak Majlis Syura Ulamak.

8 comments:

Anonymous said...

Buat lah apa alasan sekalipun semua dah tahu apa yang tersirat dan apa yang tersurat..tak guna Ust.Nasha berada di kelompok orang2 yang sudah boleh dianggap sebagai hamba syaitan. Semoga Allah akan selamatkan lagi saki-baki mereka2 yang ikhlas dalam agama dari Pas..agar dapat mempercepatkan lagi musibah Allah kepada parti yang bertunjangkan kepada hawa nafsu seperti Pas dan Pkr. -k.k

Anonymous said...

HATI.............KALAU BAIK, BAIKLAH IA, KALAU BUSUK, BUSUKLAH IA.
WALLAHUALAM.

Anonymous said...

Nasha dan Hassan Ali di pecat oleh Nik Aziz atas arahan Lim Kit Sial-DApigs-bapa tokong yang disembah oleh Nik Aziz dan PAS.

Anonymous said...

sebenar-benarnya...kuasa majlis syura ulamak di patut dah lama
ambil tindakan kepada nik ajis dan
hadi awang....memasing keluarkan
amanat dan hukum yg menyimpang dari ajaran islam!!

mana lebih merosakkan?....

pergi gaza...tak hadir mesyuarat atau tak sehaluan kepimpinan?

Anonymous said...

NIK AZIZ LAMBANG KEKUATAN SEMANGAT JIHAD ULAMAK SIDDIQIN.... NAK LAWAN KHURAFAT & TAHYUL KUASA FASIK UMNO YANG DAKWA DIRI HANYA UMNO SAJA “PENYELAMAT MELAYU” DAN “PEMBERI REZEKI” KEPADA RAKYAT TUUU.......

MELAYU SONGSANG YANG BERAKIDAH DENGAN UMNO –PENYELAMAT MELAYU BUKANNYA ALLAH........................

PRU13..... UNDI ABU...... HAPUS KESYIRIKAN MELAYU DENGAN UMNO......

Anonymous said...

Nasha & hasan ali& .. tak pernah teruji dgn ISA, AUKU, Akta Polis atau konspirasi umnuu...jika dibanding dgn istiqamahnya Mohd Sabu, Mahfuz, Dr Hatta, Hussam Musa, Salahuddin Ayub, ... berpuluh tahun kental sbg aktivis PAS semenjak di universiti lagi....

Apakah HASSAN n NASHA seorang opportunis seperti YB2 lompat katak yg lain? ... sekadar menjaga kehendak diri saja? Maka jika betul selayaknya terkumpullah mereka2 ini sesama menjilat daki2 sekular UMNO selepas meludahnya...

Anonymous said...

anon 12:21

daki-daki sekular pkr siapa pula jadi tukang jilat?

nik aziz?

hadi awang?

Anonymous said...

Tu la pasal.... Melalak sana sini cakap Umno zalim la... Umno kejam la.. Hah sekarang sapa yang zalim? Kan dah kena batang hidung sendiri! Muhasabahlah!