Saturday, February 2, 2013

"Selamat Tinggal Politik" - Zaid Ibrahim


Zaid Ibrahim telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik.

Bila berlaku perubahan lanskap politik selepas PRU12, ternyata Zaid tidak istiqamah dalam perjuangan.

Kalau rasa sayang pada UMNO dan mahukan perubahan UMNO, Zaid mesti menunggu dan sama-sama lakukan perubahan dalam UMNO dan bukannya mengambil tindakan meninggalkan UMNO.

Apa yang berlaku pada Zaid, jelas bahawa beliau mengejar keinginan peribadi.

Dengan menyertai PKR, Zaid berharap dapat membina kejayaan politik peribadi namun akhirnya gagal. Reformasi apa yang Zaid ingin lakukan?

Dengan cuba menjadikan KITA sebagai platform politik selepas meninggalkan PKR, turut berakhir dengan kegagalan. Hakikatnya Zaid sedar bahawa ia bukanlah seorang punya nama besar dalam politik, apatah lagi seorang catalyst dalam membawa perubahan.

Langkah terbaik baginya ialah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik tanahair.

No comments: