Tuesday, January 29, 2013

Anwar Kian Terdesak - Pertahan Melayu & Bumiputera Dimasukkan Dalam Risalah PKR


Anwar kini telah merasa bahang penolakan terhadap PKR oleh rakyat menjelang PRU13.

Semalam, rumah saya telah dikunjungi oleh 2 orang pembanci PKR yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas kecenderungan pengundi terhadap Pakatan Rakyat. Oleh kerana, Khalid Ibrahim sememangnya terlalu yakin, maka jalan terbaik ialah menambahkan keyakinan Khalid hingga ke tahap melampau.


Kalau rating dah mencecah 65%, Khalid tidak perlu lagi bekerja keras untuk membuat tinjauan. Lebih baik duduk rumah dan tidur.

Hakikatnya, baik Khalid mahu pun Anwar, mula khuatir dengan sokongan Melayu.

2 orang pembanci PKR tersebut, telah meninggalkan untuk saya satu risalah berkenaan pembelaan Melayu dan Bumiputera oleh Pakatan Rakyat, setelah selesai sessi temu bual.

Oleh kerana saya punya urusan di luar daerah, maka saya tidak sempat untuk membaca risalah berkenaan.

Sekembalinya saya dari luar daerah disebelah malam, saya mencari risalah berkenaan untuk membaca intipati gelembong Khalid dan Anwar. Namun usaha saya gagal. Bila bertanya kepada anak saya, dia hanya menjawab makcik (kakak saya) telah buang ke tong sampah.

Pasti PKR telah menyedari kelemahan mereka, lantas mereka ingin turut dikenali sebagai memperjuangkan Melayu dan Bumiputera. Walau apa pun yang akan mereka lakukan, hakikatnya UMNO lebih istiqamah dalam perjuangan bangsa dan agama, berbanding mereka.

No comments: