Monday, January 28, 2013

Anwar, Kit Siang & Hadi Awang Sepakat Bahawa Logo Pakatan Rakyat Paling Tidak Punya Nilai Komersil Sebagai Simbol Parti Dalam PRU


Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April 2013. Melainkan PM mengambil keputusan untuk membubar parlimen lebih awal dari itu, maka PRU13 akan berlansung lebih awal dari itu.

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR sering mendabik dada kononnya punya sokongan kuat dari rakyat. Namun, setelah mereka berkongsi kuasa di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, mereka gagal untuk bersepakat menggunakan logo (imej di atas) sebagai simbol parti gabungan mereka.

Nampaknya, meskipun telah hampir 5 tahun tertubuhnya kerajaan Paka Rakyat di 4 negeri, simbol parti di atas telah gagal dijadikan sebagai simbol yang diyakini oleh para pengundi Malaysia.

Maknanya, simbol parti tersebut tidak mempunyai nilai komersil sama sekali. Malah Pakatan Rakyat hingga hari ini gagal didaftarkan sebagai parti untuk bertanding dalam PRU.

1 comment:

assaad said...

Gabungan yang longgar. Tujuan hanya ke Putra Jaya. Semua tidak sekata. Ibarat Kapal punya 2 Nakhoda. Silap hari bulan selepas PRU13 PKR lenyap selenyapnya, kalau adapun hidup segan mati tak mahu. Mungkin DAP dan PAS masih bernyawa dan masih ada sokongan.

Kita tunggu dan lihat. Strategi DS Najib memang power dan ampuh. Sampai tarikh piliharan raya pun jadi teka-teki. Membuat mereka kepanasan dan habis tenaga tak tahu bila agaknya.

Rakyat Malaysia , fikir-fikirkanlah. Adakah PR sebaik UMNO/BN?. Allah dah tunjuk Di Selangor, Di Pulau Pinang, Di Kedah dan juga di Kelantan. Sedangkan LOGO penyatuannya pun tidak digunakan. Tak tahu pula adakah PR sudah didaftarkan?

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com