Friday, November 23, 2012

Sumbangan Ikhlas Khalid Ibrahim Kepada Anak-Anak Muda Bandaraya Shah Alam - Sepasang Tiang Gol Street Soccer Dibuat Dari Beluti Terpakai


Objek utama dalam foto di atas ialah tiang gol yang diperbuat daripada kayu. Tiang gol ini ada pasangannya yang terletak lebih kurang 10 meter menghala ke kanan dari objek di atas.

Saya yakin tiang-tiang gol ini digunakan oleh sekumpulan anak muda untuk bermain street soccer.

Lokasinya ialah di lapangan parkir yang terletak diantara kondominium dan blok unit perniagaan di Sekysen 15, Shah Alam.

Barangkali inilah tiang-tiang gol yang termampu disediakan oleh MB Selangor yang kedekut tahi hidung masin untuk anak-anak muda di Bandaraya Shah Alam.

Silap-silap gaya, selepas ini MB Selangor akan arahkan MBSA menghilangkan tiang gol ini dari pandangan.

No comments: