Dalam kenyataan media awal Nurul Izzah, beliau telah menamakan Peguam Sulaiman Abdullah sebagai salah seorang peguam yang akan mewakilinya dalam saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.
Beliau telah menggunakan perkataan "Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia....".
Namun, ketika memfailkan saman tersebut hari ini, kebanyakan media menyebut hanya Hanipa Maidin yang mewakili beliau.
Apakah ini bermakna Sulaiman telah mengingkari arahan Nurul atau sememangnya beliau enggan mewakili wanita berkenaan?
Tiadanya kelibat Sulaiman, maka membuka ruang spekulasi terhadap kenyataan awal Dato' Zulkifli Noordin, yang membayangkan DS Anwar Ibrahim dan Nurul sendiri akan terkejut besar dengan barisan pembelaan Utusan.
Sulaiman akan mewakili Utusan?
No comments:
Post a Comment