Monday, November 19, 2012

Sambil Lap Hingus, Khalid Ibrahim Berjaya Langsai Hutang RM150 Juta


Mudah bagi MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melangsaikan hutang ratusan juta ringgit.

Bak semudah mengelap hingus, Khalid Ibrahim mengumumkan liabiliti UNISEL berjumlah RM150 juta luput apabila dipindahkan kepada Menteri Besar Incorporated (MBI).

Ini bermakna, jika dicampur dengan hutang Talam Corporation (RM392 juta), MBI menjadi penanggung hutang berjumlah lebih RM0.5 bilion.

Satu trik perakaunan yang amat licik! Persoalannya, apakah akan dibiayai oleh pihak bank, seperti yang dipinjam dari CIMB Bank dalam pengambilalihan hutang Talam tempohari?

1 comment:

Anonymous said...

lepas tu MBI jual saham dan syarikat2 yang ada dan tolak dengan hutang tu, lepas tu cakap kita tak rugi apa2 pun.