Saturday, November 24, 2012

Gempar!!! Pengarah Urusan McDonald's Malaysia Akui Operasinya Tidak Mengikut Undang-Undang Malaysia

Bukan hendak menambah lagi serangan terhadap McDonald's Malaysia, namun mungkin kerana tak tertahan dengan serangan keatas organisasi perniagaan berkenaan, notis edaran mereka yang ditandangani oleh Pengarah Urusan Azmir Jaafar telah berlaku kesilapan.


Lihat pada kenyataan didalam kotak garisan putih di atas. Notis berkenaan memaklumkan, organisasi berkenaan dibawah rang undang-undang Malaysia.

Rang undang-undang sebenarnya bermaksud draf undang-undang yang belum diluluskan oleh parlimen dan belum mendapatkan perkenan Diraja. Justeru, dengan sendirinya ia adalah bukan undang-undang.

Satu kesilapan besar dilakukan oleh staf McDonald's Malaysia sendiri!

Kesian Golden Arches Restaurants Sdn Bhd pengendali rangkaian outlet McD yang dikuasai oleh Mohamed Shah Kadir yang beribu-bapakan bekas menteri ( Allahyarham Tan Sri Kadir dan Allayarhamah Tun Dr Fatimah Hashim) yang tertekan dari luar dan dalam.

P/s - Aku masih bedal burger McD Malaysia sebab taukehnya Mohamed Shah Kadir

3 comments:

Anonymous said...

bro..aku pergi mall dgn family petang tadi..tgk dalam McDtakda melayu beb, ada la 2-3 family cina dok makan..tgk kedai sebelah secret recipe, A&W & KFC bersusun melayu sampai tak cukup meja..betul2 boikot, betul power la fesbuk punya hebahan..

Prince Righty 1 said...

Boikot lah sangat... nanti 2-3 bulan datang balik yang boikot tu, lagipun kepalanya masih orang melayu, jadi tak ada sebab kukuh nak boikot pun ...berapa ramai anak melayu yang tengah kerja part time kat McD sekarang ni banding anak2 bangsa lain semata-mata nak cari rezeki masa cuti sekolah? Ramai. Kan halal rezeki diorang tu, bagi makan kat kita walaupun kita kena bayar? btw, perkataan 'rang' tu yang buat dia salah...

Prince Righty 1 said...
This comment has been removed by the author.