Friday, August 31, 2012

Muka Anwar Masam Mencuka Bila Tiada Sambutan Rakyat Selangor Di Malam Merdeka Di Shah Alam


Jelas kelihatan muka Anwar Ibrahim masam mencuka, bila bilangan kehadiran ke Sambutan Merdeka Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, begitu meleset dari yang dijangka.

Pergerakan trafik di semua jalan masuk ke pusat bandaraya Shah Ala,m ternyata bergerak lancar. Kesesakan hanya berlaku di hadapan Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Malah tiada langsung anggota polis trafik mengawal lalulintas.


FB milik penyokong pembangkang melaporkan puluhan ribu hadir.

Sekali imbas dari foto di atas, mungkin ramai yang bersetuju yang kehadiran adalah ramai. Sebaliknya, cuba perhatikan ruang kosong di padang hijau yang berada paling belakang. Disamping itu, ada ruang kosong (di jalan untuk perarakan) iaitu diantara kelompok orang yang paling hampir dengan pentas utama, dengan kelompok orang berada di tepi padang hijau.

Kalau berdasarkan pengalaman saya dengan event kehadiran 10,000 orang ke pusat bandar sudah cukup untuk menyebabkan pergerakan trafik menjadi pelahan di semua jalan masuk ke pusat bandaraya Shah Alam.

Saya telah melalui 2 pengalaman tersekat dan terperangkap dalam kesesakan teruk di Shah Alam. Pertama, ketika sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor pada tahun 1986 dan ketika separuh akhir Piala Malaysia Selangor - Kedah 1997.

Dengan pengalaman itu, sudah cukup untuk saya menjangka kehadiran untuk sesuatu event di Shah Alam.

Anggaran saya, kehadiran rakyat malam tadi adalah kurang dari 3,000 orang.

Difahamkan juga ATM yang sepatutnya terlibat difahamkan akan turut serta dalam perarakan telah menarik diri.

Pasukan kawad senyap TLDM telah menarik diri, gara-gara Sultan Selangor yang juga Kolonel Kehormat TLDM telah tidak diundang ke majlis sambutan berkenaan.

No comments: