Thursday, August 30, 2012

Jamal Abdillah & Siti Nurhaliza Akan Tampil Bersama Najib Di Sungai Buloh


Raja Pop Jamal Abdillah dan Ratu Pop Siti Nurhaliza adalah antara artis yang akan tampil di pentas BN Selangor sempena Rumah Terbuka Aidil Fitri BN Selangor yang bakal berlansung di Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sungai Buloh.

Menurut siaran media yang diedarkan oleh BN Selangor, majlis berkenaan akan diadakan pada 1 September 2012 (Sabtu), bermula jam 1 petang hingga 6 petang.

Pelbagai juadah bakal disajikan oleh 22 kawasan parlimen di Selangor.

Perdana Menteri dijadualkan akan berada di lokasi jam 2 petang.

No comments: