Thursday, April 12, 2012

Prosedur Gila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - Kalau Kena Bencana Alam Kena Buat Repot Polis


Gila punya prosedur Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Rakyat Selangor yang ditimpa bencana alam wajib membuat repot polis. Jika tidak, mangsa berkenaan tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.

Itulah yang dialami oleh mangsa banjir di Klang dan mereka dikehendaki membuat repot polis, semata-mata memenuhi syarat borang yang diedarkan oleh pihak JKKK (Negeri Selangor) kepada mereka.

Satu pengalaman yang memeritkan bagi mangsa-mangsa banjir yang terpaksa menunggu lebih sejam di Balai Polis Pandamaran semalam, apabila beratus-ratus mangsa menyerbu balai berkenaan semata-mata untuk memenuhi red-tape dalam pentadbiran Pakatan Rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

jkkk tak reti buat banci rumah penduduk ker?