Saturday, April 14, 2012

Daripada RM300 Juta Geran Selangorku, Khalid Ibrahim Agihkan 7.33% Kepada Penduduk Luar Bandar, Sementara 92.67% Lagi Untuk Penyokong DAP Di Kawasan Bandar

Semalam, di Sabak Bernam MB Selangor mengumumkan peruntukan RM22 juta untuk pembangunan luar bandar seluruh negeri Selangor, yang diambil dari Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta. 

Ini bermakna wang yang diperuntukkan kepada pembangunan luar bandar cuma 7.33% sahaja. Oleh yang demikian, 92.67% diperuntukkan khusus kepada penyokong-penyokong tegar DAP di kawasan bandar.

Bayangkan juga, kalau RM22 juta itu diagehkan kepada 9 daerah di Selangor, maka setiap daerah bakal meraih RM2.44 juta.

Apakah jenis pembangunan yang boleh dilakukan dengan RM2.44 juta oleh setiap daerah?

Menurut Khalid, peruntukan pembangunan luar bandar ini adalah bertujuan untuk memperbaiki infra, khususnya membaikpulih jalan berlubang.

Maksud sebenar memperbaiki jalan berlubang yang diperkatakan oleh Khalid, ialah sekadar menampal lubang-lubang yang ada di jalan berkenaan.

Lihat contoh pembangunan di kawasan DUN Ijok (foto-foto di bawah), yang diwakili oleh Khalid.



Jalan hanya diperbaiki di tempat-tempat yang rosak dan bukannya menurap semula keseluruhan jalan.

Khalid mendakwa simpanan Kerajaan Negeri Selangor ada berbilion ringgit, tetapi inilah bentuk pembangunan yang termampu dibawa olehnya kepada rakyat Ijok yang diwakilinya dan rakyat Selangor amnya.

1 comment:

Anonymous said...

tak tau nak kata apa dah....kerajaan negeri kaya, tapi baiki jalan yang berlubang ja? adoi kalau tak reti nak handle negeri kasi la kat orang yang lebih pandai.