Saturday, April 14, 2012

Khalid Gereja Beri Amaran Kepada Pengerusi Surau & Nazir Masjid Di Selangor - Akan Dipecat Jika Tidak Batalkan Program Keagamaan Jika Ada Ceramah Pakatan Di Kariah Masing-Masing


Dalam ceramah Jom Bersih 3.0 di Setapak Jaya, MP PAS Shah Alam Khalid Samad a.k.a Khalid Gereja menuduh program yang berlangsung serentak dengan majlis ceramah parti pembangkang tersebut sebagai mengganggu masyarakat.

Bukan itu sahaja, Khalid memberitahu orang-orang Setapak Jaya bahawa kalau di Selangor, Pengerusi Surau berkenaan gerenti dipecat.

Apakah itu amaran kepada Pengerusi Surau dan Nazir Masjid di Selangor bahawa surau-surau dan masjid mesti membatalkan program-program keagamaan, jika ada ceramah politik Pakatan Rakyat di kariah mereka?

4 comments:

Anonymous said...

Oh my God.... is this freedom being redefined by PR. Show more please... at least it gives me a good guide who NOT to vote at the GE. Tch!! Tch!! Tch!! Shame on you khalid

Now it is confirmed ( by yourself, khalid!!) that you dont have the rakyat support anymore, so piss off...and good riddance to you.

You are an embarassment to our religion, race and nation

Anonymous said...

PAS dah berubah kepada Parti Anjing Suruhan (kepada DAP) selepas berada dalam Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Pada hari Rabu 27/3/2012 wakil rakyat Shah Alam YB Khalid Samad dan YB Rodziah datang ke Seksyen 19 mengadakan majlis kesyukuran konon isu kuil selesai. Mereka buat ceramah politik walaupun tidak ramai hadir. YB Rodziah dalam ceramahnya kata PM Najib tunggu Rosmah untuk tentukan bila tarikh PRU 13. YB Rodziah tidak habis2 memuji kerajaan PKR Selangor. BN buat semua tak betul pada dia. YB Khalid Samad membuat ulasan isu kuil merasakan hanya kerajaan PR yang berusaha selesaikan isu kuil hingga berjaya dipindahkan. Kenapa Khalid Samad menyalahkan BN yang tidak menyelesaikan masalah penduduk selama 26 tahun? Pelik, kawasan itu belum 26 tahun lagi. Kenapa pemimpin PR pura-pura tidak sedar masalah penduduk berpanjangan kerana pemindahan kuil keSeksyen 22 dibatalkan oleh PR selepas berkuasa Mac 2008?. Pada tahun 1988 semasa penduduk pindah kuil itu kecil digunakan oleh penduduk setinggan. Selepas setinggan dipindahkan tahun 2005 yang datang kekuil itu adalah penduduk dari kawasan lain. Kuil diarah pindah ke Seksyen 18 pada tahun 2003 tapi ditolak. Pada tahun 2006 kuil dibesarkan hingga menghampiri rumah penduduk Islam selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Penduduk buat aduan kepada DYMM Sultan Selangor pada 28/07/2006. Pada Ogos 2006 PKNS letak papan tanda “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Realitinya tanah itu terus diceroboh. Pada 26/07/2007 aduan dibuat kepada BPR dan Biro Pengaduan Awam JPM. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Seksyen 22. Tetapi pemindahan kuil dibatalkan selepas PR berkuasa dengan alasan tapak jauh dikawasan kilang. Pada April 2008 Hindu kuil gantung bendera PAS dan PKR pada papan tanda PKNS mereka kata dua parti sokong kuil tidak payah pindah. Aktiviti kuil mengganggu ketenteraman awam. Mereka sudah berani buat pelbagai ugutan kepada penduduk sekitar. Aduan demi aduan dan perjumpaan dengan wakil rakyat sudah dibuat tetapi tiada tindakan. Pada Dis 2008 bilik2 kuil dibesarkan gangguan bising semakin menjadi-jadi penduduk minta bantuan NGO. Kenapa Khalid Samad menyerang NGO yang membantu penduduk pada 08/01/2009?. Kenapa Khalid Samad tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu?. Logikkah NGO sengaja datang tanpa sebab yang serius?. Kenapa Ahli Parlimen Shah Alam langsung tidak sebut provokasi Hindu kuil kepada penduduk Islam dalam berderet artikel yang ditulis didalam blog?. Kenapa tidak persoalkan kenapa pengunjung kuil enggan keluar dari tapak itu walaupun tahu disitu tapak rumah PKNS 16 unit?. NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengelak lebih banyak kawasan diceroboh. Januari 2009 NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. PR bersetuju pindahkan kuil ke Seksyen 23. Penduduk Seksyen 23 buat bantahan tidak mahu kuil besar dibina atas tapak satu ekar berhampiran kawasan mereka. Bantahan penduduk Islam tidak dipedulikan hingga berlaku demonstrasi kepala lembu 28/08/2009. Demo kepala lembu jadi Isu negara konon hina penganut Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu ini?. Pada 26/07/2008 pengunjung kuil Seksyen 19 buat perarakan bergendang bawa patung besar jam 1 pagi dihadapan rumah penduduk Islam. Suasana malam itu kecoh penduduk tegur bising diugut bunuh. Polis sampai mereka jerit “Apa komplen Melayu bodoh”. Kenapa tidak ada tindakan susulan selepas aduan dibuat kepada wakil rakyat?.

Anonymous said...

Sambungan
Selepas demonstrasi kepala lembu, tapak baru dipilih bersebelahan kilang Nitto Denko Seksyen 23. Kuil dijanjikan pindah pada Sept. 2010 tetapi tertangguh beberapa kali. Pada 22/09/2011 penduduk hantar aduan ditandatangani lebih 100 penduduk kepada SUK YB Dato’ Khusrin minta pemindahan kuil disegerakan. Kuil di Seksyen 19 sudah pun robohkan pada 02/02/2012. Selepas pemindahan selesai blog2 PR membuat ulasan “ UMNO PIJAK KEPALA LEMBU - MASALAH KUIL SEKSYEN 19 SELAMA 24 TAHUN DISELESAI PR HANYA DALAM 4 TAHUN”. Kenapa setiap bantahan penduduk mesti dikaitkan UMNO?. Memang benar usaha PR selesaikan pemindahan kuil ke Seksyen 23. Pemimpin dan blog pro PR memuji kuil berjaya dipindahkan dengan kerjasama pihak kuil itu. Tetapi jangan lupa pelbagai cabaran, tekanan emosi dan risiko dihadapi oleh penduduk Seksyen 19. Hakikatnya pelbagai gangguan berlaku dalam masa 4 tahun PR berkuasa lebih teruk berbanding semasa BN dahulu. Cabaran penduduk bukan sahaja dari pengunjung kuil, tetapi sikap toleransi pemimpin PR kepada Hindu kuil menimbulkan masalah kepada penduduk. Kuil senyap 7 bulan selepas campur tangan NGO Islam Januari 2009. Tetapi keramaian bergendang diadakan semula pada Ogos hingga Dis 2009. Pintu pagar gelanggang dibina NGO diconteng nombor 303, dinding gelanggang diconteng perkataan mencarut, dalam gelanggang dibaling botol arak. Papan tanda Tapak Gelanggang dirosakkan. Keramaian kuil pada 11/08/2010-15/08/2010 dalam bulan Ramadhan mendapat kebenaran YB Adun konon upacara terakhir sebelum dipindahkan Sept 2010. Tetapi selepas berakhir Sept 2010 kuil tidak pindah. Selepas itu wakil rakyat umumkan kuil pindah pada akhir Nov 2010, tetapi kuil disitu juga. Aktiviti kuil menganggu penduduk hingga upacara terakhir mereka pada 26/01/2012. Selepas ceramah malam itu ada majlis dialog wakil NGO bertanya wakil rakyat adakah tapak gelanggang akan diganti?. Wakil Rakyat tidak berikan jawapan. Sekiranya pemindahan kuil ke Seksyen 22 diselesaikan pada tahun 2008 penduduk tidak hadapi masalah berpanjangan. Siapa yang patut dipersalahkan?. Yang pasti masalah Kuil diSeksyen 19 hanya selesai selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam dan jadi isu Negara tahun 2009.