Sunday, March 11, 2012

Ronnie Liu Tunduk Pada Najib Bila Kena Sound "Ini Dewan Bukan Lu Orang Bikin" - Kini Dewan PBT Boleh Digunakan Untuk Aktiviti BN


Semalam bak menjadi majlis menyamak Dewan MPK Kg Idaman, Pelabuhan Klang. Ini berikutan kehadiran Adam Adli ke situ, umpama membawa najis dan perlu disamak.

Dewan yang dibawah pentadbiran MPK, terpaksa diberikan kepada BN untuk mengadakan aktiviti memandangkan kekuatan PR di Kg Idaman bak wujud di atas kertas.

Malah juga, Pengerusi BN Selangor DS Najib Selangor pernah mengungkit bahawa semua dewan orang ramai di Selangor dibina semasa pentadbiran BN.

Justeru Exco PBT Selangor Ronnie Liu terpaksa akur dengan program BN di kawasan Dewan berkenaan.


Lihat betapa megahnya gerbang BN di pintu masuk Dewan MPK Kg Idaman. Kemeriahan program BN seolah-olah Selangor elah pun dibawah penguasaan mereka.


Sebenarnya, majlis di situ ialah Pesta Rakyat 1Malaysia. Program telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi BN Klang Dato' Teh Kim Poo.

No comments: