Monday, March 12, 2012

Perjanjian MAS-Air Asia Batal? Sejak 7 Bulan Lalu Hanya Beri Faedah & Kelebihan Kepada Tony Fernandes

Awal-awal lagi khalayak memberikan reaksi negatif berhubung share swap MAS dan Air Asia.

Tidak semua perkara harus dilihat dari perspektif perniagaan semata-mata. Sebaliknya, ia harus turut mengambil kira asal usul dan matlamat penubuhan MAS itu sendiri, disamping sentimen, kepentingan dan maruah negara.

Perlu diingatkan bahawa MAS bukan ditubuhkan oleh Azmin bin Mustari, yang boleh dilupuskan bila-bila masa bila rugi. Justeru kebolehan dan kreativiti berserta dengan kekuatan aspirasi amat dituntut untuk menyelamat dan melonjakkan semula MAS.

KUALA LUMPUR 11 Mac – Pertukaran saham antara Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) dipercayai akan dibatalkan kerana perjanjian yang dilaksanakan sejak tujuh bulan lalu tidak memberi sebarang faedah dan kelebihan kepada MAS.

Sumber berkata, spekulasi pembatalan pertukaran saham MAS-AirAsia itu kini semakin hangat diperkatakan dalam pasaran dan dipercayai turut menjadi perhatian kerajaan.

‘‘Sama ada perjanjian tersebut benar-benar dibatalkan atau dirombak semula, perkara itu dijangka berlaku.

‘‘Cuma persoalannya bagaimana ia akan dibuat kerana dikhuatiri pembatalan atau rombakan akan memberi implikasi kos kepada MAS.

‘‘Kalau ia berlaku (implikasi kos), dikhuatiri akan memberikan kesan yang tidak baik kepada MAS yang kini dilanda krisis,’’ kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

2 comments:

praha2 said...

semaso perjanjian tu dicanangkan eden bertanyo sondirian-menagpo? Mas hak rakyat sat satu GLC? Air asaia kepunyaan tony f. tiado kono mengono dongan rakyat malaysia.
mengapo korajaan bersetuju? itu soalan eden.
dari sano eden pun bertanyo dongan kawan eden yang berkorjo dongan Mas. apo punco nyo digabungkan? siapo yang untung? dio jawap untung ialah airasia dan tony f. Mas tak do apo apo yang ado mungkin Mas akan menangung kerugian airasia. lobih lagi Mas dah pun mombori tahu yang Ms kerugian.
Kedua, mengapo Mas bersetuju nak sponsor QPR-satu satu nyo kelab bola sepak kepunyan tony f? ini bukan murah. mengapo korajaan bersutuju? hanyo yang untung ialah tony f bukan nyo Mas. kalau dibatalkan perjanjian ni eden beresetuju.

atas pagar said...

AA tu dah order 200 bijik 737. mana ada duit nak bayar. sapa lagi kalo bukan mas yang kena bayar. tu pun duit kita diorang pakai nak bayar.