Monday, March 12, 2012

Hadi Awang Arah Mulakan Rundingan Dengan UMNO?

Mulai pertengahan 70an, saya telah didedahkan dengan gerakan Islam.

Ia bermula, apabila seorang aktivis Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (KPPIM) dan juga seorang lepasan sekolah swasta milik Anwar Ibrahim, Yayasan Anda menjadi guru sementara dan mengajar saya di sebuah sekolah menengah di Klang. Guru tersebut (kini arwah) memperkenalkan kepada kami semua tentang Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden ABIM ketika itu.

Apabila pecah berita perkahwinan Anwar dengan Wan Azizah Ismail (ketika di tingkatan 6), Pengetua sekolah (kini arwah) saya turut menyentuhnya dalam perhimpunan sekolah, kerana beliau satu batch dengan Anwar. Secara berjenaka, beliau bersama dengan Presiden ABIM yang ketika itu di UM. Cuma yang membezakan ialah Anwar seorang mahasiswa, sedangkan beliau adalah 'mahasitua' ketika itu.

Kebetulan pada masa itu, GPK yang juga mengajar saya subjek Kertas Am (sekarang Pengajian Am) juga adalah rakan sekelas Anwar semasa pengajian mereka di UM. Pernah ketika mengajar di kelas, beliau memberitahu kami bahawa beliau berdoa agar suatu masa nanti akan menjadi PM Malaysia.

Namun begitu, hari ini bekas guru saya itu adalah 'Tok Ayah' sebuah pertubuhan silat yang begitu tidak bersetuju dengan Anwar.

Apabila saya melanjutkan pelajaran ke ITM, saya melihat gerakan fundamental Islam begitu meriah tetapi tidak terarah dan tanpa koordinisasi. Ada MI (Militari Islam), Al-Arqam, kumpulan tabligh dan beberapa grup lagi.

Apabila Anwar menyertai UMNO dan bertanding untuk PRU1982, saya masih di dalam kampus ITM. Penyertaan Anwar ke UMNO, turut disemarakkan kemunculan golongan muda dalam PAS seperti Fadhil Nor, Hadi Awang, Nakhaie dan Mahmud Zohdi. Sementara di pihak lain, Al-Arqam dibawah Ashaari Mohamad juga bergerak cergas. Pada masa yang sama, Revolusi Islam di Iran telah pun menjadi kenyataan.

Sepanjang tempoh tersebut pelbagai krisis berlaku, antaranya penyingkiran Dato' Asri serta perubahan teraju Kelantan diatas kerjasama UMNO-Berjasa. Oleh sebab itulah, saya menyimpulkan bahawa gerakan Islam tidak punya koordinisasi, malah saling bercakaran.

Bila blog Jawa Bernam melaporkan desas-desus mengidupkan kembali inisiatif Kerajaan Perpaduan (UG) - klik SINI, walau pun tanpa pengesahan, saya mengalu-alukan inisiatif itu. Pada saya, ini adalah permulaan untuk membentuk satu gerakan Islam yang lebih tersusun.

PAS telah wujud sebagai organisasi politik lebih 60 tahun. Sepatutnya dalam tempoh itu sudah cukup mematangkan dan Islam sepatutnya sudah ada dipersada yang lebih tinggi dari keadaan hari ini. Kesilapan-kesilapan dan taktikal yang dilakukan bukan membawa kehadapan, sebaliknya ia berada terbelakang dari 2 rakan kongsinya DAP dan PKR.

Walau pun perkembangan yang terkini bukanlah kayu pengukur yang sebenar, namun PAS harus tidak memandang ringan kepada kekuatan Dr Hasan Ali yang dilaporkan oleh blog Gerakan Timur [baca SINI] dan kemurungan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman [baca SINI].

Kepada PAS berhati-hatilah. Khusus kepada ahli-ahli PAS tentukan pendirian anda. Samada memilih untuk bersama UMNO yang sedia ada adalah tunjang dalam BN, atau PR yang meletakkan organisasi dibaris ke3?

1 comment:

Anonymous said...

jgn dicari masalah...

buang dulu agen talibarut ABBABI...
buang penaung SYIAH...
buang moshe nik ajis...
buang kalid gereja...

senang cerita yg mana tua kutuk dalam pas dan umno mau dok relax la dgn anak cucu...

serah saja kepimpinan kepada golongan muda...

kemungkinan besar penyatuan ni akan menguatkan panji islam di malaysia...

pejuang hamas...