Jangan awal-awal buat statement.
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Dengan hanya bermodalkan beberapa ringgit serta semangat patriotisme, penduduk sekitar kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berpeluang memenangi hadiah seperti iPad 2 dan kamera Nikon D3100 DSLR melalui Kempen Jom Kibar 2011 anjuran MPSJ.
Pegawai Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, ia merupakan inisiatif MPSJ untuk “memujuk” orang ramai menghangatkan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang dengan mengibar bendera Jalur Gemilang.
"Cara kita mudah — cuma pasang dan daftar dengan pihak MPSJ. Tidak perlu modal besar dan cara penyertaan pun hanya di hujung jari iaitu melalui khidmat SMS,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, cukup dengan menghantar butiran peribadi serta alamat rumah, 20 peserta bertuah bakal memenangi hadiah bernilai kira-kira RM15,000.
Pendaftaran dibuka sehingga 31 Ogos.
Peserta perlu menggantung Jalur Gemilang atau bunting Jalur Gemilang masing-masing bersaiz 2’x4’ dan 2’x6’ di premis kediaman atau perniagaan mereka bermula Isnin lepas hingga 16 September. – Bernama/Utusan
1 comment:
Belum di luluskan oleh EXCO beb. MPAJ ikut suka je, ini negeri bukan Melayu punya tau tak. YB Ronnie Liu ngan YB Teresa Kok nak tgk berapa byk bendera gambar sabit dan tukul besi di pasang. Tak main lah bendera Malaysia ni. Paling tidak pun bendera Singapura.
Post a Comment