Friday, August 5, 2011

Apa Ada Di Sebalik Tanah PKFZ RM25 Sekaki Persegi? (Bahagian 3)

Tulisan ini haruslah dibaca sekali dengan mukadimahnya di SINI dan sambungannya di SINI. Jika tidak, anda mungkin tidak akan memahami duduk perkara sebidang tanah yang luas, dimana terletaknya PKFZ hari ini. Seterusnya, ia menjadi badi kepada Tun Ling Liong Sik yang sedang menghadapi kes mahkamah.

Tulisan ini tidak akan menyentuh apa yang dibicarakan di mahkamah , tetapi lebih tertumpu kepada kronologi pemilik asal tanah yang menjadi kontroversi itu.

Selepas permohonan tanah oleh persatuan belia itu gagal, maka sepilah seketika mengenai perkara tersebut. Dalam pada itu, terdapat satu kawasan yang lebih luas di penghujung Pulau Indah yang menghadap ke Selat Melaka.

Maka satu gerakan telah dibuat yang turut disertai oleh orang-orang berpengaruh telah mengumpulkan penduduk Pulau Indah (Pulau Lumut ketika itu) untuk membentuk koperasi. Ia dinamakan sebagai Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad.

Melalui koperasi, mereka telah memohon tanah berkenaan dan akhirnya berjaya. Perlu diingat bahawa keahlian awal koperasi berkenaan bukan terhad kepada penduduk-penduduk dan anak-anak Pulau Indah, tetapi keahlian dibolehkan kepada mereka yang pernah bertugas di pulau berkenaan. Ini bermakna rezeki bukan sahaja kepada anak-anak Pulau Indah, malah juga kepada mereka yang pernah tinggal dan berkhidmat di sana.

Namun segala apa yang dimilikki oleh koperasi tersebut telah menimbulkan sedikit sengketa dikalangan ahli. Pada tahun 1995, saya telah ditunjukkan dengan dokumen gadaian dan hakmilik tanah berkenaan oleh seorang sahabat. Sebagai seorang yang pernah berkhidmat dengan bank, saya terkejut melihat 3rd party charge dan mula timbulnya nama Kuala Dimensi Sdn Bhd. Suatu perkara yang penuh tandatanya telah mula berlaku.

Di dalam perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, Kuala Dimensi ialah penjual tanah yang dikatakan over-valued kepada Lembaga Pelabuhan Klang.

Akan bersambung..........

No comments: