"Peguam Negara mempunyai locus standi (ada hak dari segi undang-undang) untuk memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor bahawa kakitangan awam negeri hanya boleh disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat masing-masing.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha memutuskan perkara itu perlu dihantar kembali ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar @ Izhar Ma’ah dan Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali menolak rayuan SUK Selangor dan kerajaan PKR Selangor serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman pemula Peguam Negara.
SUK dan kerajaan PKR Selangor juga diperintahkan membayar RM30,000 bagi kos undang-undang." Sumber : Berita Harian
Dalam kes ini Khalid nak guna sumber yang mana satu? Kerajaan Negeri, MBI, PKNS, Yayasan Selangor atau nak cari sponsor?
Betul-betul bawa sial Pakatan Rakyat di Selangor.......
No comments:
Post a Comment