"Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan." - Tun Dr Mahathir
Rasanya tak perlu diterangkan kepada Nik Aziz, bahawa mengalihkan halangan di jalan adalah sebahagian dari iman. Kalau hanya mengalih halangan di jalan merupakan sebahagian dari iman, apakah pula ganjaran membuat jalan?
Mungkin juga bagi Nik Aziz, barangkali tidak Islamik bagi Mahathir melontarkan idea pembinaan pelabuhan yang lebih besar (Pelabuhan Barat) di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor. Walhal, dengan siapnya kedua-dua pelabuhan ini ia memberikan impak besar kepada kedaulatan negara dan perkembangan ekonomi negara. Dari segi inilah kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada Mahathir berbanding Nik Aziz.
Mungkin dalam bab ini Nik Aziz begitu jahil. Apa yang dilakukan oleh Mahathir, sebenarnya membebaskan Malaysia dari terlalu bergantung kepada Singapura untuk mobiliti perdagangan negara dengan negara luar. Sebelum ini, majoriti eksport Malaysia terpaksa melalui Singapura kerana kita tidak mempunyai pelabuhan yang besar dan kecekapan mengendalikan pelabuhan.
Disamping pengangkutan laut, pengangkutan udara juga diberi perhatian oleh Mahathir. Lapangan terbang yang besar seperti KLIA di Sepang juga menjadi asas bagi Malaysia untuk berdiri di kaki sendiri.
Tidak salah untuk Nik Aziz untuk iri hati kepada Mahathir. Namun, iri hati itu biarlah kepada perkara yang memberi manfaat, umpamanya dalam hal memberikan kesejahteraan kepada generasi akan datang. Pernahkah Nik Aziz memikirkan sesuatu untuk generasi yang akan datang seperti yang pernah difikirkan oleh Mahathir melalui Wawasan 2020? Sekurang-kurangnya melalui wawasan tersebut, tanpa Nik Aziz sedari secara langsung telah meletakkan sasaran kecemerlangan Islam selepas 100 tahun kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah.
Sebenarnya Nik Aziz tidak perasan dalam hal ini kerana Nik Aziz terlalu kerdil berbanding Mahathir. Jasa-jasa Mahathir kepada Islam dan negara begitu signifikan. Rasanya, kalau hendak dibandingkan keislaman Nik Aziz dengan Mahathir, kelebihan Nik Aziz hanyalah pada jubah yang dipakainya!
No comments:
Post a Comment