Sunday, February 20, 2011

Konvensyen PAS Buang Hak Keistimewaan Melayu Dan Bumiputera


Akhirnya PAS terpaksa berpijak kepada realiti politik dan menyedari hakikat bahawa isu Melayu amat penting dalam meraih sokongan orang-orang Melayu.

Namun dari segi penerimaan luaran, masih terlalu samar dan meragukan. Maksudnya, sejauh mana resolusi 12 perkara yang dibentangkan di Konvensyen Pengupayaan Bangsa dapat menarik sokongan orang Melayu yang berada di luar PAS.

Seperkara yang harus diterima dihadapi oleh PAS ialah bantahan dan kekecewaan dikalangan pendokong PAS sendiri, khususnya yang fokus kepada Islam dan mengabaikan malah tidak bersetuju perjuangan bangsa Melayu dijadikan teras perjuangan parti.

Kemerosotan jumlah undi yang PAS perolehi dibeberapa PRK yang lalu, mendorong kepada lahirnya resolusi 12 perkara yang seperti berikut:-
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.
- Sumber : Malaysia Chronicle
Meskipun nampak cantik olahan resolusi di atas, namun saya tidak nampak jaminan PAS terhadap "Hak Keistimewaan Melayu". Oleh kerana resolusi ini terhasil melalui konvensyen, ini bermakna PAS bakal membuang "Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera" yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Atau mungkin juga, hak keistimewaan Melayu diselitkan secara halus melalui resolusi ke7 dengan menyebut "memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based)". Jika diteliti, ia mirip dengan matalamat DEB yang bermatlamatkan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum (?).

Seperkara lagi, lagi PAS secara membuta tuli turut menyanyikan lagu yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim, apabila turut menyebut 'Ketuanan Rakyat'. Ketuanan Rakyat sebenarnya hanyalah 2 patah perkataan yang begitu subjektif maknanya.

Pada masa yang sama, Nik Aziz pula menyebut "Jika Rasulullah S.A.W. diutuskan ke dunia tidak dengan misi ketuanan Arab, begitu jugalah dengan PAS yang mencontohi Rasulullah, datang bukan dengan agenda memperjuangkan Melayu, tetapi tidak sesekali mengenepikan Melayu kerana Melayu bangsa dominan di negara ini ". Apakah yang dimaksudkan oleh Nik Aziz mengenai "Melayu bangsa dominan"? Mungkinkah bermaksud Ketuanan Melayu? (Rujuk SINI)

Tidak keterlaluan untuk mencadangkan, dalam konteks menambat semula pengundi-pengundi Melayu, PAS mesti menambah resolusi ke13, iaitu PAS mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat!

4 comments:

Tenno perang said...

untuk pengtahuan semua...semua benda yang pas cakap nih...UMNO dah buat...aper lah...kalu nak mengupayakan bangsa...pergi cabar DAP kat Penang tuh..yang kedai mereka di roboh tanpa di beri ruang niaga yang lain...budus punya pas...

Anonymous said...

DAH PUSING 360 DEGREE PULAK. DULU MENGAKU TAK BANGGA JADI MELAYU. SAH DAH NYANYUK TAHAP TENUK

Anonymous said...

Mana ada disebut dalam Perlembagaan Malaysia Hak-hak Keistimewaan Melayu, yang disebut Kedudukan Istimewa. Secara khususnya dalam perkara 153 itu berkaitan dengan pemberian biasiswa dan permit-permit atau lesen. Sekarang siapa yang hapuskan biasiswa ganti dengan pinjaman, PAS ke? DAP ke? UMNO dan BN lah yang hapuskan biasiswa, sampai generasi muda Melayu sekarang ini berhutang. Siapa yang pergi gadai permit/lesen pada kaum Cina, kalau bukan kontraktor UMNO. Yang menghapuskan Perkara 153 ialah UMNO.

Akar Umbi said...

anon2:06,

terima kasih membetulkan istilah.

pd masa yg sama rujuk perkara 160 (2) berkenaan tafsiran "orang Melayu".