Tuesday, February 22, 2011

Bob Sertai PAS : Ketempangan Sistem Atau Fizikal?

Saya mengenali secara dekat salah seorang anggota kumpulan rock Wings yang tampil dan menempa nama disekitar hujung 80an. Dari situ, saya telah sekali berkesempatan duduk makan dengan semua anggota Wings yang pada masa itu (1987, kalau tidak silap) belum lagi berpeluang merakamkan album malah masih bertatih dan jauh ketinggalan dengan Search mahu pun Lefhanded yang telah pun terkenal dan menjadi ikon remaja pada masa itu. Saya masih ingat lagi, pada masa Bob Lokman juga nobody ketika itu, turut ada bersama dengan anggota-anggota Wings.

Sambil makan nasi lemak bungkus dan menunggu sesi jamming, sempat juga berbual-bual dengan Bob Lokman. Dari perbualan tersebut tahulah saya bahawa Bob Lokman telah tersilap langkah dan terdorong dengan nafsu mudanya. Sebelum ini beliau memberitahu saya yang beliau berniaga buah-buahan di tepi jalan (kalau tak silap saya, di satu kawasan di jalan KL-Kajang) dengan pendapatan mencecah RM800 sehari. Namun begitu, Bob mengakui telah mensia-siakan rezeki kurniaan Allah dan perniagaannya telah gagal akibat kesilapannya sendiri.

Saya difahamkan Bob juga merupakan bekas pelajar sebuah Sekolah Menengah Agama dan berasal dari Kelantan. Justeru, tidaklah menghairankan jika beliau ingin kembali kepada Islam. Cuma hidayahnya lambat sampai kepadanya walau pun ujian dari Allah telah 2 kali dilaluinya. Pertama, apabila rezeki berniaga buah ditarik oleh Allah s.w.t dan yang kedua, apabila beliau diuji dengan kesakitan badan akibat slipped disc (kisahnya pernah disiarkan di sebuah stesyen tv).

Namun, apabila telah sedar kesilapan diri beliau nampaknya memilih jalan zuhud (dari cara pakaiannya) dalam kehidupan. Mungkin beliau mengambil iktibar dari sahabat-sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf yang menginfak harta kekayaan masing-masing ke jalan Allah. Baguslah kalau begitu.

Bob pada masa yang sama, cuba memperbetulkan dirinya sebagai pemimpin keluarga. Soalnya sekarang, apakah PAS sahaja wadah memperjuangkan Islam. Terkuburnya PAS, bukanlah bermakna terkubur juga juga perjuangan Islam. Jihad ke jalan Allah tetap berterusan dan akan diteruskan oleh mana-mana jamaah yang dipilih oleh Allah swt. Video di bawah merupakan jawapan oleh Bob mengapa beliau memilih PAS sebagai wadah.


Saya agak musykil apabila melihat Bob sering bertongkat. Tidak pasti samada secara fizikalnya memang Bob memerlukan tongkat untuk bergerak, atau mengikut trend seorang zahid seperti Baba Aziz?

Andainya bertongkat adalah disebabkan kekurangan fizikal, bermakna ia suatu kerugian kepada PAS. Bob sepatutnya menyertai PAS tetapi dimasa kekuatan fizikal masih utuh. Namun, itulah dinamakan takdir Allah, bila disaat itulah beliau menuruti sistem yang pada beliau tidak betul pada hari ini. Dengan sistem yang beliau sendiri anggap salah itu jugalah yang menjulang namanya. Tanpa sistem itu Bob tetap nobody.

Malahan juga, di pentas sistem yang tidak betul ini juga Bob telah melangkah pergi ke satu daerah yang penuh dengan impian dan harapan, walhal PAS juga berjamaah bersama PKR dan DAP. Di situ juga beliau akan berhadapan sistem yang bercelaru. Saksikan langkah Bob ke alam impiannya dengan membawa bungkusan kegagalan sebagai seorang seorang bapa (?).

No comments: