Saturday, August 23, 2008

Menjelang Ulangtahun Kemerdekaan ke 51

Duduk membilang hari, rupa-rupanya sambutan Hari Kemerdekan Malaysia ke 51 akan tiba seminggu lagi. Kesibukan menjadikan saya terlupa, walau pun sememangnya telah berada di bulan Ogos. Kelaziman sebelumnya, kemeriahan Ogos begitu terasa apabila berselesih dengan kereta persendirian, teksi, bas dan lori memasang bendera di pasang di kenderaan masing-masing. Akan tetapi sukar untuk melihat kibaran bendera ketika ini.

Tidak adakah pelancaran kempen mengibar bendera oleh pihak kerajaan pada tahun ini? Atau saya sendiri yang ketinggalan mengikuti perkembangan semasa? Saya rasa tak mungkin, apabila melihatkan orang lain juga tidak ghairah mengibar bendera. Cuma yang ada terbaca ialah kempen menebalikkan bendera dikalangan bloger.

Petanda apakah semua ini? Lunturnya semangat patrotisme? Protes? Kempen kerajaan yang tak berkesan? Muslihat? Selalunya, bulan kemerdekaan bermula awal Ogos hingga pertengahan September. Barangkali kerajaan ingin melihat Jalur Gemilang terkibar sendiri di seluruh negara selepas 16hb September!

3 comments:

Cheguman said...

Tunggu bendera percuma le tu..!

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara,

Rakyat tak ada mood nak celebrate Merdeka agaknya. Betapa tidak. Sibuk dengan kejutan demi kejutan permainan 'politik' kerana perang saudara di Permatang Pauh.

Satu lagi kerana rakyat sibuk tengok sukan Olimpik. Hari ini dah berakhir Olimpik, tapi sekarang debaran 26hb pulak.

Inilah ceritanya.

sha said...

dorang pasang bendera parti masing2 je pak usu...huhu..

kak cha