Thursday, August 21, 2008

Pendidikan: Matlamat, Misi dan Visi Peribadi (2)

Sistem Pendidikan Kita Berorientasikan Peperiksaan?

Banyak pihak menyimpulkan bahawa Sistem Pendidikan kita adalah berorientasikan peperiksaan. Sebagai bapa dan seorang yang bukan ahli akademik, saya tidak pasti bahawa saya adalah sebahagian daripada mereka yang terlalu menekan anak-anak supaya menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Secara prinsipnya, saya berpendirian bahawa perlu malahan menjadi tanggung jawab saya memudahkan kerja guru. Oleh sebab itulah, saya memastikan anak-anak saya boleh membaca dan mengira sebelum bermulanya alam persekolahan rendah mereka. Ini didorong oleh keadaan kapasiti kelas, khususnya di kawasan bandar purata saiz kelas ialah 40 orang murid. Dengan keadaan demikian, mampukah guru memberi perhatian kepada anak saya? Secara perbandingan, di tadika muridnya cuma di sekitar 20 orang bagi satu kelas. Oleh kerana saya menganggap peringkat tadika amat penting sebagai pembuka langkah alam pembelajaran, maka saya rela membayar yuran tadika yang hakikatnya lebih mahal dari yuran pengajian di UiTM!

Dalam keadaan anak-anak yang telah berupaya membaca dan mengira, proses pembelajaran mereka akan mengikut ‘pacing’ pengajaran guru mereka. Saya meletakkan tanda aras 70% dan ini bermakna anak-anak harus mendapat keputusan peperiksaan mengikut tanda aras yang diberikan. Apabila keputusan peperiksaan semester 1 diperolehi, memberi ruang kepada saya untuk membuat tindakan yang berikut:-

· Mengesan kelemahan anak-anak;
· Memberi bimbingan peribadi terhadap subjek tersebut supaya mencapai penanda aras; dan
· Memberi fokus keputusan yang seimbang terhadap semua subjek untuk peperiksaan yang berikutnya.

Melalui penanda aras ini juga bermakna sekiranya mereka mendapat 80%, iaitu peratusan yang membolehkan mendapat gred A, itulah adalah bonus bagi mereka. Saya selalu memberi tahu anak-anak “Mendapat A dalam semua subjek bukanlah matlamat tetapi sekiranya kita boleh kearah itu, mengapa kita tidak mencubanya? Ramai orang yang telah mendapat ‘straight As’, tidak ada apa yang perlu dimegahkan. Sekurang-kurangnya ia adalah untuk kepuasan peribadi dan menempatkan kita kekelompok tersebut”. Sebagai ransangan saya berulangkali menyatakan ungkapan berikut kepada anak-anak:-

UPSR – Kamu dengan mudah boleh mendapat A dalam Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik. Bekerja keraslah untuk mendapat A dalam Bahasa Inggeris dan Sains.
PMR – 6A dalam tangan (Bahasa Malaysia, Agama Islam, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan Matematik), kenapa tak ingin mencuba mendapat 2A lagi (Bahasa Inggeris dan Sains).
SPM – 4A boleh dicapai (Bahasa Malaysia, Agama Islam, Sejarah dan Matematik), tambahkan lagi jumlah A melalui subjek teras jurusan kamu.

Samada bersetuju atau tidak atau samada suka atau tidak, keputusan yang cemerlang adalah diambil kira untuk memasuki IPTA. Cukupkah dengan tabungan yang hanya RM20,000 (melalui skim annuiti insurans) untuk menampung kos belajar di IPTS? Relakah kita melihat anak-anak menanggung beban pinjaman PTPN? Juga, sedarkah kita sesetengah organisasi mensyaratkan minimum ijazah sarjana muda kelas 2-Atas untuk bekerja dengan mereka? Secara peribadi, saya tidak mempunyai pilihan melainkan bertindak seperti ibu bapa lain, mahu melihat anaknya cemerlang dalam peperiksaan, walau pun ini dianggap songsang oleh sebilangan ahli akademik!

5 comments:

. said...

Sdr Azlan, tahniah atas blog sdr yang informative. Kita perlukan lebih banyak blog yang membawa manfaat kepada rakyat. Teruskanlah menulis.

man_helang said...

bro...kakak aku mendidik sendiri anknya dirumah sehingga darjah satu, ternyata ianya berkesan...ank2nya kalau aku bercakap inggeris mereka boleh memahami dgn mudah, cuma pertuturan n penulisan yg perlu dititik beratkan lg...math n bahasa memang d org leh score...lantas kakak aku yg lg satu terus menghantar anaknya kerumah kakak aku tersebut utk dididik secara tdk formal..

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relatives interested, visit my blog! thanks

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara Azlan,

Yes, this is the sad fact.

Like it or not.

We have exams throughout our lives.

Exams non stop, one examination hall to another. we feel sorry for ourselves and now our children and maybe soon our grandchilren but this is it.

Then not forgetting..real life examinations..non stop too and 'exams' too even in death.

And Allah swt knows Best!!

sha said...

alhamdulillah, berkat pesanan pak usu telah berhasil dgn kejayaan anak2 pak usu..