Monday, May 23, 2011

CONFUSED! Siapa Sebenarnya Kekasih Anwar Ibrahim?

Dalam ceramahnya di Pelabuhan Klang, MP Padang Serai S. Gobalakrishnan beberapa kali menyebut Azmin Ali sebagai kekasih Anwar Ibrahim.

Kini timbul nama Kiki pulak dah.

Confused. Yang mana satu betul ni?

Siapa Pemimpin Ultra Kiasu Bercakap Macam Orang Tak Sekolah?

Beliau (pemimpin ultra kiasu) mempertikaikan kajian yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) baharu-baharu ini. Cadangan saya, kalau kita menolak sesuatu fakta, maka kemukakan fakta baharu atau buat kajian baharu untuk membidas kajian terdahulu. Ini tidak, cakap seperti orang tidak sekolah. Elok juga kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat melakukan kajian yang serupa, jika tidak yakin dengan kajian sebelum ini. Jangan terlalu menyalahkan orang lain.
Dr Ridhuan Tee membidas pemimpin ultra-kiasu.

Baca bidasan penuh Dr Ridhuan Tee [SINI].

Apa Hal Pulak, Uthaya Hindraf Nak Beralih Angin Ke BN?

Naib Pengerusi DAP Perak A. Sivanesan menuduh P. Uthayakumar (Penasihat Undang-Undang Hindraf) sebagai agen BN.

Betulkah Hindraf sebagai kacau daun?

Habis manis sepah dibuang, mungkin itulah perkataan yang palin sesuai untuk digunakan.

HUMAN Rights Party (HRP) secretary-general P. Uthayakumar has been accused of being a Barisan Nasional agent out to dampen Pakatan Rakyat's chances of taking Perak and Putrajaya in the next general election.

Perak DAP vice-chairman A. Sivanesan said the HRP merely wanted to be a spoiler and that it did not have the numbers to win the state and parliamentary seats. [The Star]

GobalaLeaks: Gobala Nak Saman Saifuddin Nasution RM12 Juta

UMPORNO dan Perkosa ialah Perkauman said...

Gobalakrishnan dah habis ke makan duit 1.4 juta yang diberi oleh UMPORNO tu?

Terbaca komen di atas di entri blog GAP.

Gobalakrishnan menafikan yang beliau mendapat habuan RM1.4 juta dari BN seperti yang didakwa oleh Saifuddin Nasution.

Mengimbas semula penyertaan ke Parti KeAdilan Nasional (Kemudian ditukar nama Parti Keadilan Rakyat) 12 tahun dulu, beliau tidak dikecam dengan begitu teruk oleh parti asalnya MIC.

Menariknya, isteri Gobala pernah bertanya kepadanya "Ini Anwar boleh percayakah?"

Sebaliknya, apabila beliau meninggalkan PKR, dia diasak dan dikecam malah dihina oleh para pemimpin PKR. Beliau berasa amat kesal dengan tuduhan menerima sogokan dibuat oleh Saifuddin.

Gobala membuat keputusan untuk menyaman RM12 juta ke atas Saifuddin. Ini bersamaan RM1 juta untuk setahun untuk perkhidmatannya selama 12 tahun dalam PKR!

Sunday, May 22, 2011

Macam Mana Nak Menang Kalau Pengikut YB ADUN Cuma 4 Orang?

TPM TS Muhyiddin Mohd Yasin dah pesan, setiap bahagian UMNO diminta selesaikan masalah dalam terlebih dahulu.

Akar Umbi orang bawah, jadi tidaklah terlibat dalam menimbulkan sebarang masalah kepada sesiapa.

Namun, apa yang didedahkan di Bahagian Jempol begitu menarik perhatian Akar Umbi. Seolah-olah ada yang tak kena. Berikut petikan dari blog Paneh Miang.

Tadi Tok Lilah, Ketua Bahagian Jempol berucap sebelum persidangan tamat. Ese macam biasa, mendengar dengan teliti. Mencari point2 yang boleh difikirkan.Handal orang tua nih berucap.Sepatah-sepatah.Dalam dan penuh makna as usual.

Diceritanya juga hubungan dengan YAB Dato' MB. Bagi ese yang mendengar. Ada point. Maknanya exco-exco kerajaan Negeri Sembilan yang mesti jadi orang tengah memperbaiki hubungan di antara keduanya.

Tapi bangkit pula YB Adun Palong yang paloi. Terus mencabar dan bagi gangguan semasa Tok Lilah berucap. Apala punya paloi YB Palong nih. Tadi time dia berucap, Tok Lilah tak ganggu pun. YB Palong ni time berucap pulak merapu tak tentu arah. Seriously, he is the biggest 'thing' on the earth that insult my intelligence. Langsung takde isi. Langsung tak buat homework. Totally, what a failure to Dun Palong at all.
Dari carian yang dibuat, hasilnya adalah seperti di bawah. Betulkan Akar Umbi kerana tidak mengenali watak-watak utama di Jempol kecuali Tok Uban yang pernah jadi Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Malaysia dan Ruslan Kassim bekas Exco Pemuda UMNO dan Ketua Penerangan KeAdilan.


Berita Baik! Mahfuz Omar Tidak Pertahan Jawatan Naib Presiden

Mahfuz Omar mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS dalam pemilihan kali ini atas alasan jawatan itu bukan milik peribadinya.

Sebaliknya, menerima pencalonan Naib Presiden untuk pemilihan tersebut.

Apa punya belit kenyataan Mahfuz?

"Kejar" dan "lari" mungkin tak sama tapi perbuatannya tetap sama.

Baca kenyataan Mahfuz di bawah:-

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mengumumkan bertanding mempertahankan jawatan naib presiden PAS dalam muktamar 3 Jun depan.

Beliau telah memenangi jawatan tersebut dalam muktamar lepas yang di adakan di Shah Alam pada 2009.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan naib presiden dan AJK.

“Atas dasar itu saya menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden.

“Saya tidak mahu menggunakan perkataan pertahaan kerana seolah jawatan milik peribadi saya.

“Jawatan ini milik parti dan semua orang boleh bertanding,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS di sini.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pokok Sena tidak mahu jumlah sebenar pencalonan yang diperolehinya.

Tetapi menurutnya lebih banyak dari 20 pencalonan yang diperolehi pada 2009.

Alasan beliau enggan memberitahu jumlah sebenar kerana calon jawatan lain juga tidak mengumumkan jumlah pencalonan mereka.

Mahfuz berharap perwakilan membuat penilain berdasarkan hasil kerja dan bukan kehebatan dan kewibawaan.

Menurutnya, beliau tidak memilikiu semua itu tetapi mahu bekerja kuat untuk parti dan negara. [FMT]

GobalaLeaks: Sudah 2 Orang Bekas Pemimpin PKR Bersumpah Rampas Selangor

Setakat ini saya telah mendengar 2 orang bekas pemimpin PKR bersumpah untuk mengembalikan Selangor kepada pentadbiran BN.

Mereka ialah Senator Mohd Ezam Mohd Nor dan yang terbaru MP Padang Serai S. Gobalakrishnan.

Gobala dalam ceramahnya dalam Road Show SSDE, telah bersumpah untuk membantu BN menawan semula Selangor.

Antara alasan beliau ialah kerakusan dan pengkhianatan Anwar Ibrahim. Gobala kecewa apabila Anwar terlalu rakus dengan hasil mahsul Selangor, hingggakan khianat kepada rakannya sendiri.

Gobala menambah, seorang dermawan dan banyak berjasa kepada masyarakat India dan PKR sendiri, Om Thiagarajah telah dikhianati oleh Anwar. Tanah milik Om Thiagarajah telah dicerobohi oleh kerajaan negeri kerana pasir yang kini menjadi komoditi yang menyambung hayat Pakatan Rakyat.

Disamping itu, penyaluran bantuan ke SJKT juga didakwa oleh Gobala sebagai tidak telus, kerana ia disalurkan kepada rakan-rakan Anwar melalui NGO India dan tidak disalurkan terus seperti yang dilakukan kepada SJKC dan Sekolah Agama Rakyat.

Rakyat Selangor tidak tahu semua ini, melainkan melalui pendedahan yang dibuat oleh Gobala sendiri. Mungkin banyak lagi yang terperap di bawah karpet yang rakyat tidak tahu.

Kita tunggu pendedahan demi pendedahan Gobala yang seterusnya.