Friday, March 25, 2011

Isu Pariah : Megapa Perlu Hipokrit?

Saya tidak memandang sesuatu yang merendahkan komuniti India di Malaysia. Tapi merasa pelik bila istilah 'pariah' didalam novel Interlok dijadikan isu oleh NGO India sendiri.

Semalam, seorang sahabat berbangsa India menerangkan kepada saya bagaimana suatu masa dulu, beliau akan dimarahi dan diarahkan mandi (umpama buang sial) jika baru balik dari berkumpul dengan rakan-rakanya dari kasta pariah.

Begitu juga kalau lepas bergunting rambut, beliau akan diarahkan cepat-cepat mandi kerana kebanyakan tugang gunting rambut adalah dari kasta pariah.

Disamping itu, kasta pariah tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah.

Beliau juga memberitahu bahawa mereka (dikalangan yang berbangsa India), boleh mengenali mereka yang berkasta pariah, berdasarkan raut wajah, kulit dan beberapa ciri lain yang dikalangan masyarakat India sahaja yang memaklumi.

Saya yakin, bagi orang Melayu mahu pun Cina tidak akan seperti dinyatakan dia atas. Samada pariah mahu pun bangsawan tetap diterima sebagai rakan oleh orang Melayu pun Cina.

Jadi apalah sangatnya lalu menjadi isu besar perkataan 'pariah' didalam novel 'Interlok"? Wakil-wakil rakyat berbangsa India tetap dipanggil YANG BERHORMAT!

Baca "Frasa Rasis Gugur" [Berita Harian]

Thursday, March 24, 2011

KANTOI!!!!! Alibi Bohong Anwar Ibrahim

Nampak sangat juak-juak Anwar Ibrahim nak bohong rakyat Malaysia. Siap bagi dalih waktu twitternya kurang 1 jam, malah sebar kat 'facebook'.

Dia ingat kita ni bongok macam dia. Waktu tu boleh diubah, dengan reset zon waktu di setting twitter tersebut. Kalau reset ke zon waktu Jakarta, memanglah lewat 1 jam.

Ini macam punya orang pun ada...... Nasib baik blogger UMNO lebih cekap dari dia orang yang baghal tu!!!!!!

Terima kasih kepada [M.I.M] yang awal-awal buat siasatan.

Sesiapa Kenal Raden Shamsul Kamar, Tolong Nasihatkan Dia Jangan Terjun Tingkap

Ada sesiapa yang kenal dengan Raden Shamsul Kamar? Khabarnya, beliau Setiausaha Pengelola PKR Pusat.

Kalau sesiapa kenal beliau, tolong nasihat beliau supaya jangan terjun tingkap.

Ada sesuatu yang telah dilalui oleh Raden Shamsul, berhubung salah guna dana MBI - Selangor. Baca [BERNAMA].

Kalau Benar Itu Anwar Ibrahim, Maknanya Dia Menzalimi Dirinya Sendiri!

Ramai di kalangan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat beranggapan bahawa isu Video Lucah yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) adalah satu lagi ‘Filem’ keluaran ‘B* production’ yang sama motifnya tetapi agak berbeza dari skrip dan jalan ceritanya. Ramai yang menanti-nanti apa pula jalan cerita seterusnya. Sejauh mana benarnya anggapan itu, ayuh sama-sama kita saksikan, sejauh mana bagusnya skrip penulisan, jalan cerita, pelakon dan arahannya jika ianya betul-betul sebuah ‘Filem’ genre politik kejam yang lebih hebat dari ‘Filem’ sebelumnya. [Huzir Sulaiman - Harakahdaily]
Harakahdaily mengibaratkan isu video aksi lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh Dato' T umpama sebuah filem yang berskrip.

Walhal, mereka sebenarnya terlupa dua perkara:-

1. Filem itu umpama filem dokumentari tanpa skrip
2. Identiti pelakon aksi lucah tersebut.

Namun begitu, saya amat bersetuju dengan perenggan terakhir Huzir,
[Ayuh!!!, sama-sama kita mendoakan agar mereka yang zalim ini dan juga mereka yang menyokong kezaliman ini diadili oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat kerana doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijabnya yang menghalang.]
Moga-moga doa ini akan terkena juga kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri (yang melakukan aksi lucah tersebut), waimah pun jika benar pelaku itu Anwar Ibrahim!

Ribut Bakal Melanda Selangor

Warga Selangor diingatkan bahawa mereka bakal terdedah kepada ribut petir dan hujan lebat hingga Khamis.

PETALING JAYA 24 Mac - Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Petaling) dan N.Sembilan (Daerah Port Dickson, Seremban dan Rembau) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Khamis 24 Mac.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WP K.Lumpur, WP Putrajaya, N.Sembilan (Daerah Kuala Pilah) dan Melaka.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang serta banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berhampiran tebing-tebing sungai. [Selangorkini]

Wednesday, March 23, 2011

Anwar Ibahim Jadi Hero!

Bagi para penyokong Anwar Ibrahim beliau dianggap hero. Seorang wira yang teraniaya.

Bagi golongan atas pagar, Anwar Ibrahim lemah iman kerana mudah terperangkap dengan umpanan seks.

Bagi golongan anti Anwar, mereka akan berkata "padan muka dia".

Bagi peminat pornografi, Anwar adalah Hero Porno!!!

Bagi Dr Mahathir, hal itulah yang ditakutinya kalau Anwar menjadi PM Malaysia. Anwar akan terdedah dengan "black mail" dan tidak layak menjadi PM!

Hadi Awang Mesti Hafal Skrip, Kalau Berhajat Jadi Pelakon Handalan


Samada mesti mahir menghafal skrip atau mereka dailog sendiri, adalah faktor penting untuk menandingi Anwar Ibrahim sebagai pelakon handalan.

Hadi Awang masih kekok dalam hal ini dan perlu berlatih lebih giat, sebelum terjun ke dunia lakonan yang penuh fantasi dan kepura-puraan.

Nak tanya Hadi Awang, siapa yang sediakan skrip tu?